Monday, March 28, 2011

Tugasan 4 UM

Seperti yang cikgu janji, tugasan tetap akan diberi sungguhpun cikgu cuti bersalin. Waktu berpantang cikgu (sebulan) telah tamat tetapi cikgu masih mempunyai komitmen lain seperti menjaga bayi, menguruskan kerja rumah, menyemak skrip ujian, dll. Oleh itu, cikgu harap semua pelajar 4 UM memberi kerjasama.

Tugasan ini harus disalin dan dijawab dalam Buku Latihan Moral 1.
Jangan lupa isi maklumat dalam Indeks!

Sekolah S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A) telah menjalankan program kitar semula.

a)Huraikan dua nilai yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas. (4 M)


b)Berikan dua sebab mengapa kerajaan menyeru rakyat Malaysia mengitar semula bahan-bahan buangan. (4 M)


c)Nyatakan dua contoh bahan buangan yang boleh dikitar semula. (2 M)

Tahniah!

Cikgu ucapkan tahniah kepada semua pelajar SMK Bandar Puchong Jaya (A)tingkatan 5 tahun 2010 yang berjaya dalam peperiksaan SPM. Cikgu bangga dengan Kanisha pelajar 5 USM tahun 2010 (terima kasih kerana mengingati jasa cikgu).

Monday, February 21, 2011

Pembetulan Bagi Latihan

Semua murid MESTI buat pembetulan bagi semua latihan soalan struktur dan soalan esei. Salin soalan-soalan tersebut semula. Jangan rekod Pembetulan sebagai tajuk dalam Indeks anda.

Saturday, February 12, 2011

Penghafalan Nilai-nilai Moral

Mulai minggu depan, semua murid Tingkatan 3 UM, 3 USM, 4 UM, 5 UPM dan 5 UITM harus membuat pembetulan pada kertas/lampiran Nilai/Kata Kunci Bagi Nilai mengikut arahan Cikgu.
Murid-murid dari kelas lain boleh bertanya kepada murid-murid dari kelas-kelas di atas.

Saturday, January 22, 2011

TUGASAN HARIAN 4 UM

Semua pelajar 4 UM dikehendaki menulis tugasan harian 1 bertajuk "Tokoh Saya". Kesimpulan harus mengandungi perkataan "Saya". Buat kesimpulan tentang apa yang anda faham atau dapati melalui penulisan tugasan harian ini. Hantar tugasan ini pada hari Isnin, 24/1.

Friday, January 21, 2011

Ciri-ciri Membina Keluarga Bahagia

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa merupakan guru terdekat yang harus menunjukkan teladan yang baik "role model". Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,” bagaimana acuan, begitulah kuihnya."
Di samping itu, ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka tidak terjebak dalam gejala negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa tidak patut mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-
anak.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak harus menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, gengsterisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya.
Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa. Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga harus saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga harus sentiasa membantu dan bekerjasama.
Sebagai kesimpulan, semua ahli keluarga harus memainkan peranan dalam mewujudkan keluarga bahagia. Untuk membina sebuah keluarga bahagia, kasih sayang, toleransi dan nilai-nilai kekeluargaan harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga.

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah

Semua pelajar tingkatan 5 UPM dan 5 UITM dikehendaki menyiapkan kerja kursus SPM Pendidikan Moral Kertas 1225/2 selewat-lewatnya pada awal bulan Mac.

BLOG PENDIDIKAN MORAL