Thursday, September 15, 2011
Drama Patriotik 4 UM
Cikgu ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral kelas 4 UM. Persembahan drama yang bertajuk "Liku-liku Kemerdekaan" sangat menarik dan lucu. Syabas kerana anda semua bekerjasama untuk menjayakan drama ini.
Tuesday, September 6, 2011
Peringatan Menjawab Soalan Esei
1. Baca dan fahami soalan.
2. Pilih 2 soalan daripada 3 soalan.
3. Kenalpasti watak dalam setiap soalan.
4. Kenalpasti 2 nilai dalam setiap soalan. (Tulis 3 nilai sebagai langkah berjaga-jaga)
5. Tulis semua jawapan esei dalam SATU perenggan sahaja.
6. Tulis 5 ayat bagi setiap nilai. (Nilai + Penerangan 1 + Contoh 1 + Penerangan 2 + Contoh 2)
7. Pastikan jawapan esei anda mempunyai 10 ayat. (2 nilai) *Ingat tulis 3 nilai sebagai langkah berjaga-jaga - 15 ayat. * Nilai rasional ialah jawapan soalan esei yang sering diuji.

Friday, August 26, 2011
Selamat Bercuti!
Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya!
Kepada semua murid Tingkatan 5, rajinlah belajar. Peperiksaan Percubaan SPM bermula pada 6 September. Tarikh peperiksaan Pendidikan Moral adalah pada 13 September bersamaan dengan hari Selasa.

Tuesday, August 16, 2011
Simbol Penandaan Skrip Jawapan SPM
N1 – nilai
Na1 – nilai pertama (bahagian esei)
Nb1 – nilai kedua (bahagian esei)
P1 – penerangan
Pa1 – penerangan pertama untuk nilai yang pertama (bahagian esei)
~~~ - nilai yang tepat (garisan seperti ombak)
( ) – penerangan yang tepat
UN1 – nilai yang diulang
Max N – nilai yang telah ditanda lebih awal /nilai maksimum bagi soalan
Max P – untuk penerangan yang maksimum bagi sesuatu nilai
TB – tidak berkaitan
J1 – jawapan bukan nilai. Contoh: kesan, langkah, sebab, ramalan dll

Thursday, August 11, 2011
Ceramah Teknik Menjawab
Semoga ceramah hari ini memaanfaatkan semua pelajar dan dapat membantu dalam mencapai kecemerlangan dalam SPM.
Saturday, July 30, 2011
Teknik Menjawab Soalan SPM Pendidikan Moral
Ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Moral akan diadakan di Dewan Ilmiah untuk semua pelajar Tingkatan 5 S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A). Hari Khamis, 11 Ogos 2011 pada pukul 11 pagi.
Wednesday, July 27, 2011
Pelajar Yang Cemerlang
1.Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
2.Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar.
3.Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah.
4.Pelajar yang cemerlang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru-guru di kelas.
5.Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk pelajar mentelaah pelajaran.
6.Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
7.Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Kata orang : Malu bertanya sesat jalan.
8.Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan dan sering berbincang bersama rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
9.Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru-guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah dalam tempoh yang ditetapkan.
10.Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Dengan memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
11.Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar.
12.Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yangcergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.
13.Pelajar yang cemerlang sanggup manghadapi cabaran.
14.Pelajar yang cemerlang sentiasa bersikap optimistik dan yakin pada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam pelajaran. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. 15.Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru-guru sama ada semasa guru-guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

Subscribe to:
Posts (Atom)