Saturday, January 12, 2013

Penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar

(Facebook sebagai salah satu fenomena globalisasi) Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. 1. Murid-murid sekarang mula terpengaruh oleh rakan sebaya dalam aktiviti menghina dan mencaci guru melalui laman web popular. 2. Kebebasan berkomunikasi, foto, informasi dan komunikasi tidak dapat dibatasi, sehingga seorang anak dapat melakukan hal-hal yang ingin dilakukannya. 3. Pembaziran masa - Kurangnya waktu anak untuk belajar dan mengerjakan tugas kerana berkomunikasi dengan teman-teman mayanya dan Facebook juga menyediakan aplikasi ribuan permainan menarik secara percuma dan tanpa syarat apapun. 4. Selain itu, seorang anak yang sudah biasa dengan pergaulan maya akan mengalami kesulitan dalam bergaul secara langsung di lingkungannya dan mengurangi waktu anak tersebut untuk bersosialisasi. Ini akan membuat anak menjadi anti-sosial di lingkungan tempat ia seharusnya berinteraksi. 5. Internet dapat membuat anak lupa waktu, sehingga pola hidup menjadi tidak teratur. Pada saat anak seharusnya belajar dan bermain, dia terus berada di depan layar komputer hingga waktu yang dia inginkan. 6. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Teknologi Internet memungkinkan seseorang menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan. Terdapat pelbagai kategori jenayah siber yang telah wujud masa kini. Antara jenis-jenis jenayah siber yang biasa dilakukan oleh pengguna Internet ialah: a. Penipuan b. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer. c. Kecurian maklumat. d. Capaian secara tidak sah ke atas sistem e. Menyalin perisian secara tidah sah. f. Pengintipan g. Judi siber h. Skim cepat kaya i. Pornografi j. Penggodam atau "Hacker" k. Penyebaran virus l. Mel Spam

Friday, November 16, 2012

Format

Cikgu harap semua pelajar SMK BPJA akan ingat format menjawab soalan struktur dan soalan esei yang telah diajar. Ingat : 1. Baca soalan dengan teliti. 2. Lihat pemberatan markah yang diberi. 3. Tulis watak. 4. Kaitkan kata kunci dengan situasi/isu yang diberi. 5. Jangan salin contoh bulat-bulat. Guna ayat sendiri tetapi jangan lari dari situasi/isu yang diberi. 6. Jawab soalan esei dalam satu perenggan sahaja. 7. Jawab ketiga-tiga soalan esei. 8. Tulis 3 nilai bagi setiap soalan esei. Selamat Berjaya dan jumpa lagi di tahun 2013 semasa keputusan SPM diumumkan.

Monday, November 5, 2012

Akta dan Dasar

Sila layari dengan google - id.scribd.com/doc/.../Akta-Pendidikan-Moral-Spm Selamat Berjaya!!! Ingat jawab 3 soalan esei!!!

Monday, October 22, 2012

Cara Menulis Penerangan dan Contoh

1. Ingat guna kata kunci. 2. Jangan letak tanda noktah selepas kata kunci. 3. Tambah ayat atau frasa dari situasi/isu yang diberi dalam soalan. 4. Untuk menulis contoh, jangan salin bulat-bulat dari situasi/isu. 5. Guna perkataan sendiri berdasarkan situasi/isu yang diberi.

Tuesday, September 11, 2012

Latihan soalan struktur - 4 UM

1. Rakyat Malaysia berbilang kaum. Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. (4m) 2. Remaja di siber kafe. Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh pelajar-pelajar tersebut. (2m) 3. Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh ibu bapa dalam menangani masalah kehilangan anak. (4m)

Tuesday, September 4, 2012

Antara kepentingan terumbu karang ialah sebagai perlindungan persisir pantai. Ia mengurangkan halaju ombak dan menghalang kejadian hakisan. Selain itu, karang menyerap karbon dan ini mengurangkan jumlah karbon dioksida di atmosfera. Ia juga bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai terhadap ombak yang kuat. Terumbu karang juga menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk tumbesaran anak-anak ikan. Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies hidupan marin. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan dan hidupan akuatik. Kerajaan meningkatkan kesedaran rakyat tentang penjagaan terumbu karang melalui media massa dalam bentuk bercetak atau melalui radio dan televisyen. Selain itu, pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

Tahniah Peserta PLKN

Tahukah anda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni? Jika anda mempunyai masalah dan tidak dapat menyertai PLKN, anda boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan. Bagi mereka yang tidak terpilih, tetapi berminat menyertai PLKN, (Vincent Hoong)anda boleh membuat rayuan kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk dipertimbangkan. Kegagalan menghadiri Latihan Khidmat Negara, anda boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan atau denda sebanyak RM 3,000 atau kedua-duanya sekali. Peserta-peserta PLKN akan menjalani pelbagai aktiviti. Contoh, keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, taklimat kesihatan, menderma darah, aktiviti asas kawad, reppeiling, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, jungle trekking dan sebagainya.

BLOG PENDIDIKAN MORAL