1. Berikut ialah sikap yang ada pada Mei Yee yang telah menjadikan beliau sebagai pelajar contoh di sekolahnya.
- Sentiasa berpakaian kemas sebagai cara menjaga maruah diri.
- Sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa sewaktu bergaul dengan guru, kaki tangan sekolah dan rakan-rakan.
- Melaksanakan semua tugas yang diberikan oleh guru mata pelajaran dengan baik.
(a) Huraikan tiga nilai yang ada pada Mei Yee. [6 markah]
(b) Nyatakan empat kesan jika tiada nilai hemah tinggi dalam kalangan pelajar di sekolah. [4 markah]
Monday, October 25, 2010
Saturday, October 16, 2010
CARA MENJAWAB SOALAN KANDUNGAN AKADEMIK
1. Baca dahulu soalan dengan teliti untuk memahami kehendak soalan.
2. Rujuk markah yang disediakan untuk setiap bahagian. Jika satu jawapan diberikan 2 markah, pastikan ada huraian atau contoh bagi menyokong jawapan.
Contoh :
Terangkan 2 cara remaja boleh memanfaatkan masa lapang. (4 markah)
i. Dengan terlibat dalam aktiviti riadah (1 m) seperti bermain bola (1 m)
ii. Meluangkan masa bersama anggota keluarga (1 m) seperti berkelah (1m)
3. Jawapan mesti lengkap. Contohnya ’mengadakan kempen’ .......kempen apa? Jawapan tidak jelas. Mesti spesifik contohnya, kempen anti dadah.
4. Perjelaskan setiap jawapan dengan bahasa yang mudah dan tidak bombastik supaya mudah difahami oleh pemeriksa.
5. Boleh beri lebih satu jawapan (plus one) jika ada masa, tetapi pastikan anda menulis tanpa mengganggu ruang jawapan yang disediakan.
6. Sila ’go thru’ isi dalam buku teks, terutamanya bahagian yang melibatkan akta, dasar dan fakta yang konkrit.
Wednesday, October 13, 2010
Ceramah Teknik Menjawab Soalan SPM Pendidikan Moral Kertas 1225/1
Semua pelajar tingkatan 5 S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A) akan menghadiri ceramah esok 14/10/2010 pada pukul 8 pagi. Penceramah ialah seorang guru yang amat berpengalaman iaitu Pn. Kaladevi dari S.M.K. Cheras Jaya. Semoga tips yang diberi akan meningkatkan prestasi SPM Pendidikan Moral tahun 2011.
Monday, October 11, 2010
Tahniah Pelajar 5 USM
Cikgu ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar 5 USM yang berjaya dalam peperiksaan percubaan SPM Pendidikan Moral. Mereka ialah Nirosha, Nokalamah, Cheok Ee, Sea Kei, Kit Yin, Kanisha, Belvinna, Menaka, Pei Ying, Priya, Michele, Puveneswary, Cheng Shien (Tahniah, anda satu-satunya pelajar lelaki yang lulus) dan Yen Bee. Cikgu amat bangga dengan Giam Pei Ying kerana menunjukkan prestasi yang tinggi dalam menjawab soalan esei. Dia berjaya mendapat markah penuh dalam kedua-dua soalan esei. Syabas dan tahniah cikgu ucapkan kepada mereka yang berjaya. Bagi mereka yang gagal, jangan putus asa dan cuba lagi.
Saturday, October 2, 2010
Latihan 4 UPM
1. Berikan 3 kesan kepada kanak-kanak akibat penderaan. (3 markah)
2. Berkan 2 contoh kempen yang telah dijalankan untuk menangani masalah alam sekitar. (2 markah)
3. Cadangkan 2 aktiviti yang dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. (2 markah)
4. Senaraikan 3 tindakan manusia yang merosakkan alam sekitar. (3 markah)

Wednesday, August 4, 2010
Esei - sumbangan Priya 5 USM
Huraikan 2 nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat Malaysia dalam menangani wabak H1 N1.
Nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia dalam menangani wabak H1 N1 ialah saling membantu dan bekerjasama. Masyarakat perlu melakukan usaha saling membantu yang baik dan membina dalam kehidupan. Contohnya, masyarakat saling memberi pertolongan kecemasan pada bila-bila masa. Masyarakat perlu melakukan usaha untuk mencapai matlamat dalam menangani wabak H1 N1. Contohnya, masyarakat mengikut segala langkah yang diberitahu oleh pakar-pakar perubatan untuk menghindari wabak H1 N1. Nilai kedua yang perlu diamalkan oleh masyarakat ialah sikap keterbukaan. Masyarakat perlu bersedia untuk menerima pandangan para doktor terhadap cara menghindari wabak H1 N1. Contohnya, rakyat mendengar nasihat doktor tentang wabak ini. Masyarakat juga perlu sentiasa bersedia untuk menerima pandangan doktor. Sebagai contoh, para doktor mengemukakan langkah-langkah baharu yang lebih berkesan untuk mengatasi wabak H1 N1.

Saturday, July 31, 2010
Tokoh Wanita Malaysia
1) Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir - mencatat rekod sebagai wanita Islam dan Asia pertama di dunia merentasi Kutub Selatan pada 2004.
2) Normala Abdul Rashid - bekas pemain bola sepak wanita kebangsaan, dipilih oleh Persatuan Badminton Malaysia (FAM) sebagai Ketua Unit Bola sepak Wanita.
3) Datuk Azalina Dato' Othman Said - wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
4) Sri Kandi Sukan - Datuk M. Rajamani, wanita pertama mewakili Malaysia (Sukan Olimpik 1964)
5) Wong Mew Choo, wanita pertama (Kejohanan Badminton Seluruh England)

Subscribe to:
Posts (Atom)