Thursday, June 21, 2012
Latihan 4 UM
Huraikan nilai-nilai yang patut diamalkan oleh ketua pengawas sekolah. [10 markah]
Contoh Jawapan :
Ketua pengawas patut mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia patut memikul tugasnya menguatkuasakan peraturan sekolah. Sebagai contoh, dia mendenda murid yang lewat ke sekolah. Ketua pengawas juga patut melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Dia patut melaporkan kepada guru walaupun rakan baiknya melanggar peraturan sekolah.
Sunday, June 17, 2012
Soalan Kandungan Akademik
Untuk menjawab soalan-soalan kandungan akademik, para pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti:
a) Akta
b) Dasar
c) Nama-nama pertubuhan
d) Kesan sesuatu isu/fenomena/masalah
e) Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah
f) Cara mengatasi sesuatu isu/fenomena/masalah
Wednesday, June 6, 2012
Soalan Struktur
Nyatakan 4 kesan jika tiada nilai hemah tinggi dalam kalangan pelajar di sekolah.
i) Pelajar tidak menghormati antara satu sama lain.
ii) Pelajar bersifat angkuh.
iii) Pelajar sering bertelingkah sesama sendiri.
iv) Pelajar tidak bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti di sekolah.
Wednesday, May 23, 2012
Latihan 5 UM
Setiap pelajar sekolah diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Melalui
penyertaan ini, pelajar akan mendedahkan diri dalam aktiviti berpasukan
di samping memupuk disiplin dan kerjasama dalam kalangan mereka.
a. Jelaskan tiga nilai yang ingin diterapkan dalam diri setiap pelajar melalui
Penyertaan pasukan beruniform. (6 m)
b. Selain melalui badan beruniform, huraikan dua cara lain yang membolehkan
pelajar sekolah melibatkan diri dalam khidmat sosial.(4 m)
Friday, May 18, 2012
Bangunan Warisan Lama Di Kuala Lumpur
1. Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka.
2. Bangunan Stesen Kereta api Tanah Melayu di Kuala Lumpur.
3. Muzium Telekom yang sekarang dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara. Ia terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur. Dahulu, bangunan ini dikenali sebagai Bangunan Wilayah Selangor (Selangor Region)
4. Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Saturday, May 5, 2012
Bangunan bersejarah
Pemuliharaan bangunan warisan negara penting. Bangunan-bangunan bersejarah yang terlibat ialah Gereja St. George (Pulau Pinang), bangunan Sanitary Board (Perak), bangunan lama Ibu Pejabat Pos Ipoh, Gedung Raja Abdullah (Selangor), bangunan lama Hong Kong dan Shanghai Bank (Melaka), Muzium Sultan Abu Bakar (Pahang), bangunan Persatuan Sejarah Malaysia (Terengganu) dan Masjid Mulong (Kelantan). Penjagaan bangunan bersejarah ini penting sebagai khazanah negara untuk tatapan generasi akan datang.
Friday, April 13, 2012
Latihan 5 UM
Latihan Soalan Esei
"Secara purata, dua orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti HIV atau AIDS dan seorang akan meninggal dunia akibat jangkitan tersebut pada setiap minit."
Sumber : UNAIDS, 2002
Jelaskan nilai-nilai yang seharusnya diamalkan oleh masyarakat bagi menangani masalah AIDS dalam kalangan kanak-kanak. (10 markah)
"Secara purata, dua orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti HIV atau AIDS dan seorang akan meninggal dunia akibat jangkitan tersebut pada setiap minit."
Sumber : UNAIDS, 2002
Jelaskan nilai-nilai yang seharusnya diamalkan oleh masyarakat bagi menangani masalah AIDS dalam kalangan kanak-kanak. (10 markah)
Subscribe to:
Posts (Atom)