Monday, October 22, 2012

Cara Menulis Penerangan dan Contoh

1. Ingat guna kata kunci. 2. Jangan letak tanda noktah selepas kata kunci. 3. Tambah ayat atau frasa dari situasi/isu yang diberi dalam soalan. 4. Untuk menulis contoh, jangan salin bulat-bulat dari situasi/isu. 5. Guna perkataan sendiri berdasarkan situasi/isu yang diberi.

Tuesday, September 11, 2012

Latihan soalan struktur - 4 UM

1. Rakyat Malaysia berbilang kaum. Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. (4m) 2. Remaja di siber kafe. Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh pelajar-pelajar tersebut. (2m) 3. Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh ibu bapa dalam menangani masalah kehilangan anak. (4m)

Tuesday, September 4, 2012

Antara kepentingan terumbu karang ialah sebagai perlindungan persisir pantai. Ia mengurangkan halaju ombak dan menghalang kejadian hakisan. Selain itu, karang menyerap karbon dan ini mengurangkan jumlah karbon dioksida di atmosfera. Ia juga bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai terhadap ombak yang kuat. Terumbu karang juga menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk tumbesaran anak-anak ikan. Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies hidupan marin. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan dan hidupan akuatik. Kerajaan meningkatkan kesedaran rakyat tentang penjagaan terumbu karang melalui media massa dalam bentuk bercetak atau melalui radio dan televisyen. Selain itu, pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

Tahniah Peserta PLKN

Tahukah anda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni? Jika anda mempunyai masalah dan tidak dapat menyertai PLKN, anda boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan. Bagi mereka yang tidak terpilih, tetapi berminat menyertai PLKN, (Vincent Hoong)anda boleh membuat rayuan kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk dipertimbangkan. Kegagalan menghadiri Latihan Khidmat Negara, anda boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan atau denda sebanyak RM 3,000 atau kedua-duanya sekali. Peserta-peserta PLKN akan menjalani pelbagai aktiviti. Contoh, keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, taklimat kesihatan, menderma darah, aktiviti asas kawad, reppeiling, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, jungle trekking dan sebagainya.

Thursday, August 23, 2012

Peringatan Menjawab Soalan Struktur

Berikan atau Nyatakan nilai - Sila tulis nilai ? sahaja. Jelaskan atau Terangkan atau Huraikan - Sila lihat pemberatan markah untuk format menjawab soalan ini. (Ingat tulis WATAK) (a) Jika ia minta 2 nilai tetapi 4 markah - Nilai 1 + Penerangan dan Nilai 2 + Penerangan = 4 markah. (b) Jika ia minta 2 nilai tetapi 6 markah - Nilai 1 + Penerangan + Contoh dan Nilai 2 + Penerangan + Contoh = 6 markah (c) Ingat kaitkan Penerangan dengan situasi/isu. (d) Ingat tulis Contoh sendiri tetapi kaitkan dengan Penerangan/Kata kunci.

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Bercuti!

Selamat Bercuti!!! Cikgu berharap semua pelajar Tingkatan 5 SMK BPJA akan rajin mengulangkaji dan bersedia menduduki Peperiksaan Percubaan SPM semasa sekolah buka.

Saturday, August 4, 2012

Ceramah Peningkatan Prestasi di SMK BPJA

Perhatian! Semua pelajar 5 UM, 5 UKM, 5 UPM, 5 USM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral dikehendaki berada di Bilik Seminar pada pukul 10.30 a.m. - 12.30 tgh.(Khamis - 9/8/2012) Sila bawa alat tulis dan Buku Nota Pendidikan Moral bersama anda ke Bilik Seminar.

BLOG PENDIDIKAN MORAL