Friday, April 12, 2013

Perhatian

1. NILAI - Hafal semua 36 nilai. Tiada kesalahan ejaan. Jangan guna kata singkatan, tambah @ gugur @ ubah imbuhan. Kenalpasti nilai ikut indikator nilai dalam soalan. 2. DEFINISI -Ingat semua kata kunci dengan tepat. Jangan tulis penerangan sendiri untuk nilai. Jika diminta berikan maksud atau definisi nilai, jangan tulis watak @ situasi. Hanya tulis definisi sahaja. Perlu kuasai sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kata kunci penting. 3. KANDUNGAN AKADEMIK -Ingat semua isi penting yang terdapat dalam buku teks ting 4 & 5. Perlu hafal akta, dasar, peraturan, organisasi dll yang berkaitan dengan tajuk. Ada kandungan akademik yang guna ’common sense’ dan ada yang perlu dirujuk kepada buku teks.

Monday, April 1, 2013

Tahniah 5 UM tahun 2012

Cikgu amat bangga dan gembira dengan pencapaian keputusan peperiksaan SPM Pendidikan Moral kelas 5 UM tahun 2012. Semua murid berjaya mendapat gred A, A- dan A+ kecuali 2 orang murid yang mendapat gred B. Tahniah dan semoga anda semua berjaya di masa depan.

Friday, March 15, 2013

Markah 4 UPM SMKBPJA

Cikgu papar nama-nama yang dapat markah di bawah 20%. Sila add sebagai followers! 1. N.S.Wei 0% 2. L.Y.Bin 8% 3. C.C.Theng 12% 4. K.C.Ruey 14% 5. C.J.Cheng 14% 6. S....ila 14% 7. C.H.Yuan 14% 8. K goes to school 14% 9. N.K.Wai 16% 10. K.W.Kuin 18% 11. L.C.Soon 18% Tahniah diucapkan kepada Woon Zi Jing 70%. Cikgu berharap murid-murid akan berusaha gigih dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Saturday, March 9, 2013

Tindakan Menjaga Bumi

Kita mesti menjaga bumi supaya tidak tercemar dengan cara : 1. Menanam semula pokok 2. Melindungi hutan simpanan 3. Menulis di kedua-dua muka surat kertas 4 Menggunakan sapu tangan dan bukannya tisu 5. Menggunakan kain lampin untuk mengurangkan penggunaan lampin pakai buang 6. Membawa beg ke pusat membeli belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik 7. Membuat kraf tangan daripada barangan terpakai 8. Membawa bekas makanan semasa membeli makanan di gerai untuk mengurangkan penggunaan kotak polisterin 9. Menderma peralatan elektrik dan komputer terpakai 10. Tidak membuang sampah ke dalam sungai, tasik dan laut 11. Tidak melakukan pembakaran secara terbuka 12. Melaporkan pembalakan haram kepada pihak berkuasa

Friday, March 1, 2013

Kerja Amal 3 - 5 UM & 5 USM

Sila hantar selepas Ujian Bulanan Mac.

Monday, February 4, 2013

Tajuk Tugasan Harian 5 UM

Tugasan Harian 7 - Sebab-sebab Pelajar Perlu Mematuhi Peraturan Sekolah Tugasan Harian 8- Jiran Sepakat Membawa Berkat

Tuesday, January 29, 2013

Latihan Soalan Struktur 4 UPM

1. Kadar penderaan kanak-kanak kian meningkat. (a) Huraikan nilai yang berkenaan dengan pernyataan di atas. (2 markah) (b) Berikan maksud nilai tersebut. (2 markah) (c) Nyatakan 2 punca penderaan kanak-kanak. (2 markah) (d) Nyatakan 2 kesan penderaan terhadap kanak-kanak yang didera. (2 markah) (e) Berikan 2 cara untuk mengatasi isu penderaan kanak-kanak. (2 markah)

BLOG PENDIDIKAN MORAL