Setiap pelajar sekolah diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Melalui penyertaan ini, pelajar akan mendedahkan diri dalam aktiviti berpasukan di samping memupuk disiplin dan kerjasama dalam kalangan mereka. a. Jelaskan tiga nilai yang ingin diterapkan dalam diri setiap pelajar melalui Penyertaan pasukan beruniform. (6 m) b. Selain melalui badan beruniform, huraikan dua cara lain yang membolehkan pelajar sekolah melibatkan diri dalam khidmat sosial.(4 m)
Wednesday, May 23, 2012
Friday, May 18, 2012
Bangunan Warisan Lama Di Kuala Lumpur
1. Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka. 2. Bangunan Stesen Kereta api Tanah Melayu di Kuala Lumpur. 3. Muzium Telekom yang sekarang dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara. Ia terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur. Dahulu, bangunan ini dikenali sebagai Bangunan Wilayah Selangor (Selangor Region) 4. Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Posted by Pn. Sia at 6:28 AM 0 comments Links to this post
Saturday, May 5, 2012
Bangunan bersejarah
Pemuliharaan bangunan warisan negara penting. Bangunan-bangunan bersejarah yang terlibat ialah Gereja St. George (Pulau Pinang), bangunan Sanitary Board (Perak), bangunan lama Ibu Pejabat Pos Ipoh, Gedung Raja Abdullah (Selangor), bangunan lama Hong Kong dan Shanghai Bank (Melaka), Muzium Sultan Abu Bakar (Pahang), bangunan Persatuan Sejarah Malaysia (Terengganu) dan Masjid Mulong (Kelantan). Penjagaan bangunan bersejarah ini penting sebagai khazanah negara untuk tatapan generasi akan datang.
Posted by Pn. Sia at 3:59 AM 0 comments Links to this post
Friday, April 13, 2012
Latihan 5 UM
Latihan Soalan Esei
"Secara purata, dua orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti HIV atau AIDS dan seorang akan meninggal dunia akibat jangkitan tersebut pada setiap minit."
Sumber : UNAIDS, 2002
Jelaskan nilai-nilai yang seharusnya diamalkan oleh masyarakat bagi menangani masalah AIDS dalam kalangan kanak-kanak. (10 markah)
Posted by Pn. Sia at 6:07 AM 0 comments Links to this post
Latihan 4 UM
Latihan Soalan Struktur
1 (a) Jelaskan satu nilai yang patut diamalkan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
(i) Pengguna jalan raya (2 markah)
Pengguna jalan raya patut mengamalkan nilai rasional. Mereka patut boleh berfikir tentang keselamatan diri dan orang lain semasa menggunakan jalan raya.
ii) Kerajaan (2 markah)
Kerajaan patut mengamalkan nilai bertanggungjawab. Kerajaan memikul dan melaksanakan tugas dengan memastikan keselamatan pengguna jalan raya dipelihara.
(b) Nyatakan dua kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. (2 markah)
Kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya ialah melanggar lampu isyarat dan tidak memakai tali pinggang.
(c) Terangkan dua faktor yang menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. (4 markah)
Faktor pertama ialah sikap pemandu. Sesetengah pemandu terburu-buru kerana mengejar masa lalu memandu laju merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya. Faktor kedua kerana hujan. Pemandu tidak dapat mengawal kenderaan mereka kerana keadaan jalan raya yang licin.
Posted by Pn. Sia at 6:01 AM 0 comments Links to this post
Tuesday, April 10, 2012
Latihan 5 UM - buku latihan moral 1
Beverly, bagus! Beruang madu ialah Sun Bear.
Thomas Alva Edison merupakan seorang pelajar pekak yang diberhentikan dari sekolah. Ibu Thomas telah membimbingnya sehingga beliau menjadi seorang manusia yang mencipta mentol lampu elektrik. Walau bagaimanapun,sebelum berjaya beliau pernah gagal dalam percubaannya sebanyak 999 kali.
( a ) Huraikan dua nilai yang ditunjukkan oleh Thomas untuk berjaya. (4 markah)
( b ) Huraikan dua nilai yang ditunjukkan oleh ibu Thomas terhadap anaknya. (4 markah)
( c ) Bagaimanakah masyarakat silam menunjukkan sikap ketekunan dalam membina binaan agung seperti Taj Mahal, Piramid dan Tembok Besar Negeri Cina. (2 markah)
Posted by Pn. Sia at 6:44 AM 0 comments Links to this post
Saturday, March 31, 2012
Latihan 5 UM - buku latihan moral 2
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
1. Namakan lagu patriotik ini. (1 markah)
2. Huraikan satu nilai berkaitan lagu ini. (3 markah)
3. Nyatakan dua kepentingan lagu patriotik. (2 markah)
4. Huraikan satu nilai yang patut diamalkan oleh pengguna jalan raya. (2 markah)
5. Nyatakan dua tindakan yang dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan jalan raya. (2
markah)
Posted by Pn. Sia at 12:26 AM 0 comments Links to this post