Saturday, March 31, 2012

Latihan 5 UM - buku latihan moral 2

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

1. Namakan lagu patriotik ini. (1 markah)

2. Huraikan satu nilai berkaitan lagu ini. (3 markah)

3. Nyatakan dua kepentingan lagu patriotik. (2 markah)

4. Huraikan satu nilai yang patut diamalkan oleh pengguna jalan raya. (2 markah)

5. Nyatakan dua tindakan yang dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan jalan raya. (2
markah)

Saturday, March 24, 2012

Tahniah Pelajar SPM 2011

Cikgu amat bangga dan gembira kerana ramai pelajar SMK BPJA mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Pendidikan Moral SPM 2011. Tahniah dan semoga berjaya di masa depan!

Thursday, March 8, 2012

Ciri-ciri pelajar cemerlang

1. Sentiasa berdoa.
2. Menjaga kesihatan.
3. Mempunyai alat tulis, buku-buku rujukan, dll.
4. Mempunyai jadual waktu persendirian.
5. Sentiasa yakin pada diri sendiri.
6. Tidak berputus asa dalam menempuh kejayaan.
7. Bertanggungjawab.
8. Berdisiplin.
9. Menepati masa.
10. Memberi tumpuan semasa guru mengajar.
11. Sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran.
12. Membuat persediaan awal semasa menghadapi peperiksaan.
13. Sentiasa menyiapkan tugasan/kerja rumah dalam tempoh yang ditetapkan.
14. Tidak segan untuk bertanya dan meminta bantuan.
15. Menghormati guru-guru.
16. Bersoal jawab dengan guru-guru.
17. Mengadakan kumpulan perbincangan.
18. Melayari internet dan mengunjungi pusat sumber sekolah untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan/maklumat.
19. Sentiasa memberi pandangan dan pendapat.
20. Berbincang dengan rakan-rakan.

BLOG PENDIDIKAN MORAL