Friday, April 13, 2012

Latihan 5 UM

Latihan Soalan Esei

"Secara purata, dua orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti HIV atau AIDS dan seorang akan meninggal dunia akibat jangkitan tersebut pada setiap minit."
Sumber : UNAIDS, 2002

Jelaskan nilai-nilai yang seharusnya diamalkan oleh masyarakat bagi menangani masalah AIDS dalam kalangan kanak-kanak. (10 markah)

Latihan 4 UM

Latihan Soalan Struktur

1 (a) Jelaskan satu nilai yang patut diamalkan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
(i) Pengguna jalan raya (2 markah)

Pengguna jalan raya patut mengamalkan nilai rasional. Mereka patut boleh berfikir tentang keselamatan diri dan orang lain semasa menggunakan jalan raya. ii) Kerajaan (2 markah) Kerajaan patut mengamalkan nilai bertanggungjawab. Kerajaan memikul dan melaksanakan tugas dengan memastikan keselamatan pengguna jalan raya dipelihara. (b) Nyatakan dua kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. (2 markah)

Kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya ialah melanggar lampu isyarat dan tidak memakai tali pinggang. (c) Terangkan dua faktor yang menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. (4 markah) Faktor pertama ialah sikap pemandu. Sesetengah pemandu terburu-buru kerana mengejar masa lalu memandu laju merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya. Faktor kedua kerana hujan. Pemandu tidak dapat mengawal kenderaan mereka kerana keadaan jalan raya yang licin.

Tuesday, April 10, 2012

Latihan 5 UM - buku latihan moral 1

Beverly, bagus! Beruang madu ialah Sun Bear.

Thomas Alva Edison merupakan seorang pelajar pekak yang diberhentikan dari sekolah. Ibu Thomas telah membimbingnya sehingga beliau menjadi seorang manusia yang mencipta mentol lampu elektrik. Walau bagaimanapun,sebelum berjaya beliau pernah gagal dalam percubaannya sebanyak 999 kali.
( a ) Huraikan dua nilai yang ditunjukkan oleh Thomas untuk berjaya. (4 markah)
( b ) Huraikan dua nilai yang ditunjukkan oleh ibu Thomas terhadap anaknya. (4 markah)
( c ) Bagaimanakah masyarakat silam menunjukkan sikap ketekunan dalam membina binaan agung seperti Taj Mahal, Piramid dan Tembok Besar Negeri Cina. (2 markah)

BLOG PENDIDIKAN MORAL