Friday, April 13, 2012

Latihan 4 UM

Latihan Soalan Struktur

1 (a) Jelaskan satu nilai yang patut diamalkan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
(i) Pengguna jalan raya (2 markah)

Pengguna jalan raya patut mengamalkan nilai rasional. Mereka patut boleh berfikir tentang keselamatan diri dan orang lain semasa menggunakan jalan raya. ii) Kerajaan (2 markah) Kerajaan patut mengamalkan nilai bertanggungjawab. Kerajaan memikul dan melaksanakan tugas dengan memastikan keselamatan pengguna jalan raya dipelihara. (b) Nyatakan dua kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. (2 markah)

Kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya ialah melanggar lampu isyarat dan tidak memakai tali pinggang. (c) Terangkan dua faktor yang menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. (4 markah) Faktor pertama ialah sikap pemandu. Sesetengah pemandu terburu-buru kerana mengejar masa lalu memandu laju merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya. Faktor kedua kerana hujan. Pemandu tidak dapat mengawal kenderaan mereka kerana keadaan jalan raya yang licin.

No comments:

Post a Comment

BLOG PENDIDIKAN MORAL