Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT MAJU JAYA

Cikgu doakan kejayaan semua pelajar SMK BPJA yang akan menduduki peperiksaan SPM. Cikgu akan rindu pelajar-pelajar
5 USM.

Selamat Bercuti kepada semua warga SMK BPJA!!!

Monday, November 8, 2010

Tips Soalan Struktur

BENTUK SOALAN STRUKTUR :

JENIS SOALAN

1. SOALAN MERUJUK KEPADA NILAI, DEFINISI NILAI, PENJELASAN NILAI
KEMAHIRAN YANG PERLU ADA - mengenalpasti nilai yang tepat dengan situasi, mengetahui definisi sesuatu nilai (atau kata kunci utama) dan mengaitkan definisi dengan situasi dalam soalan yang dibincangkan.

CONTOH SOALAN:

- Nyatakan nilai (1 markah untuk 1 nilai)
- Berikan maksud / definisi nilai (2 markah untuk 1 definisi)
- Jelaskan/ Terangkan 1 @ 2 nilai (2 @ 4 markah) => 1 N + 1 P) X 2

2. SOALAN MERUJUK KANDUNGAN AKADEMIK TINGKATAN 4 & 5
KEMAHIRAN YANG PERLU ADA - Maklumat penting dalam buku teks seperti AKTA, SEBAB, KESAN, CARA.

CONTOH SOALAN:

- Berikan / bincangkan 4 cara (4 markah)
- Terangkan / jelaskan 3 punca (3 markah)
- Jelaskan 1 @ 2 @ 3 kepentingan ...............
- Huraikan 1 @ 2 @ 3 kesan .......................
- Bincangkan 1 @ 2 @ 3 sebab ....................
- Senaraikan nama/tempat/akta/watak/jenis/bentuk/badan/
organisasi/NGO

Monday, October 25, 2010

Latihan 5 USM

1. Berikut ialah sikap yang ada pada Mei Yee yang telah menjadikan beliau sebagai pelajar contoh di sekolahnya.


- Sentiasa berpakaian kemas sebagai cara menjaga maruah diri.

- Sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa sewaktu bergaul dengan guru, kaki tangan sekolah dan rakan-rakan.

- Melaksanakan semua tugas yang diberikan oleh guru mata pelajaran dengan baik.

(a) Huraikan tiga nilai yang ada pada Mei Yee. [6 markah]

(b) Nyatakan empat kesan jika tiada nilai hemah tinggi dalam kalangan pelajar di sekolah. [4 markah]

Saturday, October 16, 2010


CARA MENJAWAB SOALAN KANDUNGAN AKADEMIK

1.    Baca dahulu soalan dengan teliti untuk memahami kehendak soalan.

2.    Rujuk markah yang disediakan untuk setiap bahagian. Jika satu jawapan diberikan 2 markah, pastikan ada huraian atau contoh  bagi menyokong jawapan.
Contoh :
Terangkan 2 cara remaja boleh memanfaatkan masa lapang.  (4 markah)
i.              Dengan terlibat dalam aktiviti riadah (1 m) seperti bermain bola (1 m)
ii.            Meluangkan masa bersama anggota keluarga (1 m) seperti berkelah (1m)

3.    Jawapan mesti lengkap. Contohnya ’mengadakan kempen’  .......kempen apa? Jawapan tidak jelas. Mesti spesifik contohnya, kempen anti dadah.

4.    Perjelaskan setiap jawapan dengan bahasa yang mudah dan tidak bombastik supaya mudah difahami oleh pemeriksa.

5.    Boleh beri lebih satu jawapan (plus one) jika ada masa, tetapi pastikan anda menulis tanpa mengganggu ruang jawapan yang disediakan.

6.    Sila ’go thru’ isi dalam buku teks, terutamanya bahagian yang melibatkan akta, dasar dan fakta yang konkrit.

Wednesday, October 13, 2010

Ceramah Teknik Menjawab Soalan SPM Pendidikan Moral Kertas 1225/1

Semua pelajar tingkatan 5 S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A) akan menghadiri ceramah esok 14/10/2010 pada pukul 8 pagi. Penceramah ialah seorang guru yang amat berpengalaman iaitu Pn. Kaladevi dari S.M.K. Cheras Jaya. Semoga tips yang diberi akan meningkatkan prestasi SPM Pendidikan Moral tahun 2011.

Monday, October 11, 2010

Tahniah Pelajar 5 USM

Cikgu ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar 5 USM yang berjaya dalam peperiksaan percubaan SPM Pendidikan Moral. Mereka ialah Nirosha, Nokalamah, Cheok Ee, Sea Kei, Kit Yin, Kanisha, Belvinna, Menaka, Pei Ying, Priya, Michele, Puveneswary, Cheng Shien (Tahniah, anda satu-satunya pelajar lelaki yang lulus) dan Yen Bee. Cikgu amat bangga dengan Giam Pei Ying kerana menunjukkan prestasi yang tinggi dalam menjawab soalan esei. Dia berjaya mendapat markah penuh dalam kedua-dua soalan esei. Syabas dan tahniah cikgu ucapkan kepada mereka yang berjaya. Bagi mereka yang gagal, jangan putus asa dan cuba lagi.

Saturday, October 2, 2010

Latihan 4 UPM

1.  Berikan 3 kesan kepada kanak-kanak akibat penderaan.                (3 markah)
2.  Berkan 2 contoh kempen yang telah dijalankan untuk menangani masalah alam sekitar.   (2 markah)
3.  Cadangkan 2 aktiviti yang dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.   (2 markah)
4.  Senaraikan 3 tindakan manusia yang merosakkan alam sekitar.   (3 markah)

Wednesday, August 4, 2010

Esei - sumbangan Priya 5 USM

Huraikan 2 nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat Malaysia dalam menangani wabak H1 N1.

    Nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia dalam menangani wabak H1 N1 ialah saling membantu dan bekerjasama. Masyarakat perlu melakukan usaha saling membantu yang baik dan membina dalam kehidupan. Contohnya, masyarakat saling memberi pertolongan kecemasan pada bila-bila masa. Masyarakat perlu melakukan usaha untuk mencapai matlamat dalam menangani wabak H1 N1. Contohnya, masyarakat mengikut segala langkah yang diberitahu oleh pakar-pakar perubatan untuk menghindari wabak H1 N1. Nilai kedua yang perlu diamalkan oleh masyarakat ialah sikap keterbukaan. Masyarakat perlu bersedia untuk menerima pandangan para doktor terhadap cara menghindari wabak H1 N1. Contohnya, rakyat mendengar nasihat doktor tentang wabak ini. Masyarakat juga perlu sentiasa bersedia untuk menerima pandangan doktor. Sebagai contoh, para doktor mengemukakan langkah-langkah baharu yang lebih berkesan untuk mengatasi wabak H1 N1.

Saturday, July 31, 2010

Tokoh Wanita Malaysia

1)  Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir - mencatat rekod sebagai wanita Islam dan Asia pertama di dunia merentasi Kutub Selatan pada 2004.

2)  Normala Abdul Rashid - bekas pemain bola sepak wanita kebangsaan, dipilih oleh Persatuan Badminton Malaysia (FAM) sebagai Ketua Unit Bola sepak Wanita.

3)  Datuk Azalina Dato' Othman Said - wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

4)  Sri Kandi Sukan - Datuk M. Rajamani, wanita pertama mewakili Malaysia (Sukan Olimpik 1964)

5)  Wong Mew Choo, wanita pertama (Kejohanan Badminton Seluruh England)

Tuesday, July 13, 2010

Nota 5 USM, 4 UPM dan 4 UITM

Keganasan terhadap kanak-kanak termasuk penderaan, kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks.

Di manakah keganasan berlaku?
Keganasan boleh berlaku di rumah, sekolah, rumah anak yatim, kemudahan penjagaan berasrama, di jalanan, di tempat kerja, di ruang siber, di penjara dan di pusat tahanan.

Faktor-faktor keganasan terhadap kanak-kanak :
i)   Perpecahan keluarga
ii)  Tekanan
iii) Kemiskinan yang melampau
iv) Penyakit mental
v)  Penyalahgunaan dadah

Semua faktor di atas merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Kesan-kesan keganasan terhadap kanak-kanak :
i)   Menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak.
ii)  Merosakkan keupayaan kanak-kanak belajar dan bergaul.
iii) Melemahkan perkembangan kanak-kanak apabila mereka membesar sebagai orang dewasa dan apabila mereka menjadi ibu bapa di masa depan.

Siapakah yang membantu dalam menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia?
 
Pihak kerajaan :

  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Kesihatan
  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  • Unit Perancangan Ekonomi
  • Jabatan Kebajikan Sosial
  • Polis DiRaja Malaysia
  • Suruhanjaya Hak-Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
Badan-Badan Bukan Kerajaan :
  • Persatuan untuk Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia
  • Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM)
  • Mercy Malaysia
  • Pusat Jana Daya
Peranan Masyarakat Dalam Mengatasi Masalah Keganasan Terhadap Kanak-kanak
  • Pelajari bagaimana untuk mengenalpasti tanda-tanda awal keganasan dan penderaan pada kanak-kanak dan laporkan kes-kes tersebut. 
  • Jangan berdiam diri bila keganasan terhadap kanak-kanak berlaku. Masyarakat harus menyebarkan pesanan bahawa keganasan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima dan ia membantutkan perkembangan kanak-kanak.
  • Cabar penerimaan sosial terhadap keganasan. Galakkan serta mulakan dialog-dialog di dalam masyarakat tentang keganasan terhadap kanak-kanak, libatkan ibu bapa dan aktifkan kumpulan-kumpulan di dalam komuniti anda untuk mencari jalan-jalan yang dapat menghentikan keganasan.
Apa yang patut dilakukan oleh kanak-kanak?
  • Pelajari bagaimana untuk melindungi diri anda sendiri daripada penderaan dan kemudaratan serta kenalpasti situasi-situasi yang berisiko yang boleh anda cegah atau hindari.
  • Ketahui di mana anda boleh melaporkan keganasan sekiranya ia berlaku kepada anda, atau sekiranya ia berlaku kepada rakan-rakan anda ataupun jiran-jiran anda.
  • Bersuara mengenai keganasan yang telah anda alami atau telah menyaksikannya berlaku pada kanak-kanak lain atau remaja lain, agar mereka boleh dilindungi atau dibantu.

Friday, July 2, 2010

Teknik Belajar Dalam Kelas


Waktu belajar di dalam kelas merangkumi 65 hingga 75 peratus daripada keseluruhan waktu pembelajaran harian seseorang pelajar. Oleh itu, teknik belajar di dalam kelas perlulah betul untuk memastikan sesi pembelajaran tersebut diikuti dengan berkesan.

Pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan memudahkan seseorang pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji di rumah.

Berikut adalah cara belajar berkesan yang harus dipraktikkan oleh pelajar ketika berada di dalam kelas:

1. Membaca terlebih dahulu topik yang akan dipelajari

Mempelajari perkara yang pernah dilihat atau dibaca akan mendatangkan minat untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam.

2. Membuat sendiri nota ringkas

Membuat sendiri nota ringkas ketika guru mengajar adalah teknik belajar yang elok dilazimkan kerana ini akan membantu pelajar mengingati semula isi-isi penting apabila melakukan ulangkaji di rumah. Ini amat perlu apabila guru tidak mencatatkan nota untuk disalin oleh murid-murid.

Di samping itu maklumat yang diproses oleh otak akan berada lebih lama di dalam memori apabila sesuatu yang di pandang dan didengar di pindahkan kepada bentuk penulisan.

3. Mendapatkan penjelasan tentang perkara yang tidak di fahami

Pelajar perlu berusaha untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara yang tidak difahami secepat mungkin.

Lebih cepat pelajar mendapatkan penerangan adalah lebih baik kerana maklumat tersebut masih segar di dalam memori.

Jika pelajar tidak berpeluang untuk bertanya ketika pembelajaran berlangsung, pelajar dengan mudah dapat merujuk semula nota yang telah ditulis jika ingin bertanya pada waktu lain.

Apa yang boleh dikitar semula?

Kertas - Surat khabar, kertas kadbod keras, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Banyak plastik boleh dikitar semula.

Semua kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula.

Kaca - Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain. 

Pakaian - Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau didermakan kepada badan kebajikan. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Tahukah anda bahawa barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli biasanya dibungkus dengan kotak kadbod yang besar dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu sahaja. Apa kata kalau anda mengitar semula kotak-kotak tersebut daripada membuangnya begitu sahaja.
 

Thursday, June 3, 2010

Projek Pendidikan Moral

Projek Pendidikan Moral mewajibkan pelajar-pelajar melakukan kerja-kerja sosial sama ada dengan badan-badan kerajaan mahupun mana-mana badan bukan kerajaan yang terdapat di Malaysia. Pelajar-pelajar juga dikehendaki menyiapkan laporan mengenai kerja-kerja yang telah dilakukan dengan membuat sebuah folio.

Berikut adalah beberapa contoh badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan yang boleh dirujukkan untuk projek Pendidikan Moral :

Badan-badan Kerajaan :

Kementerian Pelajaran (http://www.moe.gov.my/ )

Pusat Perkembangan Kurikulum (http://www.ppk.kpm.my/ )

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (http://www.nre.gov.my/ )

Jabatan Alam Sekitar (http://www.doe.gov.my/ )

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (http://www.forestry.gov.my/ )

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) (http://www.wildlife.gov.my)

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (http://www.heritage.gov.my/ )

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(http://www.kpwkm.gov.my/ )

Institut Sosial Malaysia (http://www.ism.gov.my/ )

Jabatan Kebajikan Masyarakat (http://www.jkm.gov.my/ )


Pertubuhan Bukan Kerajaan :

UNICEF Malaysia (http://www.unicef.org/malaysia)

UNESCO Malaysia (http://www.unesco.org/en/statesparties/my)

Yayasan Salam Malaysia (http://www.salam.org.my/)

MERCY Malaysia (http://www.mercy.org.my/)

Projek Wira Alam anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.doe.gov.my/wiraalam/index.htm) dan World Wildlife Fund (WWF) (http://www.wwfmalaysia.org/)

Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (R.E.A.C.H) (http://www.reach.org.my/)

The Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) (http://www.spca.org.my/)

PAWS Malaysia (http://www.pawsmalaysia.com/)

Monday, May 17, 2010

Tips Hilangkan Rasa Gemuruh Ketika Peperiksaan

  6 cara untuk membuat anda tenang sebelum peperiksaan :

1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.

Kita tidak tenang sebelum peperiksaan bermula sebab kita tidak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan, buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang anda boleh jawapan soalan tu satu persatu. Katakan pada diri anda,  “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik, aku boleh, aku boleh!”.

2. Gunakan mindset berani gagal.

Bila anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup tu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai daripada kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawab soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri anda semasa menjawab kertas soalan.

Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat. Teknik pernafasan ini membuat anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang ‘mental block’. I dea-idea untuk menjawab soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.

4. Jika anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk anda ‘nervous’.

Biasanya, kita gusar sebelum peperiksaan sebab kita rasa kita tidak cukup bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan itu. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan yakin. Lainlah kalau study last minit, memang kita berasa gemuruh.
Bila kita sudah belajar, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan itu. Kita tidak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.
Kita tidak akan rasa gementar langsung, bahkan tidak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawab apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

5. Ingat wajah-wajah kesayangan anda.

Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah guru-guru kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.
Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati anda untuk membuat anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan anda belajar adalah untuk mereka.
Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawab peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.
Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah penangan cinta.

6. Ingat masa depan anda.

Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan anda. Kecemerlangan dalam akademik akan menentukan masa depan kita.
Bayangkan cara hidup yang kita ingin nikmati, bayangkan anda dapat jawatan tetap, memiliki rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.
Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga gemuruh, beritahu diri anda yang anda ingin rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”, ulangi berkali-kali.
Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan selama 7 saat, seperti yang dikatakan di atas tadi.

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Semua murid harus menghafal kata kunci nilai untuk menulis penerangan. Murid-murid Tingkatan 4 akan diuji sehingga Bidang Kekeluargaan manakala murid-murid Tingkatan 5 harus membaca kandungan akademik buku teks Tingkatan 4.


"Face the fear and do it anyway"
Sikap suka bertangguh adalah pembunuh kepada peluang.

 

Tuesday, May 11, 2010

Keruntuhan Akhlak Pelajar

Status guru dan peranannya tidak dapat dinafikan dapat membentuk masyarakat ke arah kewujudan tamadun manusia yang lebih gemilang. Namun begitu, apa yang dapat dilihat institusi perguruan tidak lagi dihormati dan dipandang sebagai institusi yang dapat memberikan kesan yang positif. Kepincangan demi kepincangan hadir dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat yang seimbang dari segi mental dan rohani. Malah masalah sosial yang melanda pelajar-pelajar kita hari ini semakin dirasa dengan peningkatan kes yang melibatkan pihak polis. Apabila kita digemparkan dengan "kemajuan" gejala-gejala sosial ini masyarakat kita akan cepat merasa gusar dan kecewa malah ada yang menunding jari kepada orang lain, kumpulan tertentu sebagai yang bersalah.

Jika dahulu status guru begitu disanjung tinggi sehingga masih berkekalan panggilan "cikgu" walaupun seorang guru telah bersara. Keadaan ini menunjukkan bahawa jasa seorang guru begitu besar sehingga dikenang selamanya. Berbeza dengan hari ini status guru tidak lagi dipandang mulia malah setengahnya pula menjadi sasaran sebagai tempat memikul segala kesalahan.

JENIS-JENIS KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN DI KALANGAN PELAJAR

Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin pelajar boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar.

Salah Laku Pelajar Di Sekolah

Kajian yang dilakukan oleh T. Subahan Mohd. Meerah et.al. di dalam artikel yang bertajuk Masalah Disiplin Pelajar dan Penyelesaian oleh Mohd Tajudin (1995) ke atas 20 orang guru pelatih yang pernah membuat latihan mengajar bagi sesi persekolahan 1987/1988 di beberapa buah sekolah menengah juga menunjukkan jenis salah laku yang dilakukan oleh pelajar iaitu:

Ponteng

Dalam kategori ini, salah laku ponteng sekolah ialah 50%, ponteng kelas 40 %, dan kerap keluar kelas 25%.

Tidak Patuh Arahan

Kategori ini mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian terhadap pelajaran sebanyak 30%, tidak membuat kerja rumah sebanyak 25%, tidak membawa buku sebanyak 10%, tidur dalam kelas sebanyak 10% dan tidak boleh mengikuti pelajaran yang diajar sebanyak 5%.

Gangguan Pengajaran

Kategori ini, antara jenis-jenisnya ialah buat bising (30%), merosakkan alat bantu mengajar (20%), mengganggu kawan semasa proses pengajaran guru (15%) dan mempertikaikan pengajaran guru (10%).

Tidak Sopan

Dalam kategori salah laku tidak sopan ini ialah berpakaian tidak kemas (25%), bercakap kasar dengan guru (25%).

Kes Jenayah Remaja

Pandangan golongan radikal terhadap kelemahan fungsi sekolah ini menyebabkan sekolah dikritik dan dilabelkan sebagai punca pembiakan delinkuensi dalam masyarakat. Pelbagai masalah juvanalisme atau jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja di sekolah seperti menjadi samseng, menyertai geng motosikal, memeras ugut, menumbuk guru, menjahanamkan harta sekolah, mencuri, menipu, merogol, berjudi dan memabuk mencerminkan kelemahan institusi sekolah sebagai mekanisme pengawalan sosial remaja. Dari satu segi yang lain, meningkatnya pelbagai gejala sosial dan jenaya remaja ini menggambarkan satu manisfestasi krisis dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. Jenayah remaja adalah produk sosial dan produk budaya masyarakat keseluruhannya.

RASIONALNYA KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR BERPUNCA DARI GURU

Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkah laku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru harus menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin berleluasa dalam kalangan pelajar ialah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru di sekolah mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid samada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid yang nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dilakukan ke atas mereka. Malah dalam keadaan tertentu, murid-murid ini dengan berani mencabar kewibawaan guru yang mereka tidak sukai.

Bagi setengah-setengah guru yang merasa keselamatan mereka terancam akan mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh murid-murid yang bermasalah ini. Masyarakat guru terpaksa membodohkan diri mereka sendiri, membutakan mata, membisukan suara dan membenamkan rasa kekecewaan mereka sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa.


*Cikgu berharap pelajar-pelajar SMKBPJA menerima nasihat dan teguran daripada semua guru SMKBPJA secara terbuka dan positif.

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu

Cikgu berharap murid-murid akan meraikan Hari Ibu bersama ibu anda. Hargailah jasa dan pengorbanan ibu anda.

Jasa dan Pengorbanan Guru

"Selamat sejahtera cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Oleh itu, seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.

Menghormati guru sama seperti kita menghormati ibu bapa kita. Guru berada bersama murid selama hampir tujuh jam sehari. Jumlah ini tidak termasuk waktu menjalankan aktiviti kokurikulum.

Guru bukan sahaja menjalankan tugas untuk mengajar tetapi mempunyai berbagai tanggungjawab yang lain.

Pembimbing : Guru kita ialah seorang pembimbing yang sentiasa memberi nasihat, teguran, tunjuk ajar dan pedoman ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kata-kata nasihat yang diberikan tidak seharusnya diambil ringan. Ia harus dihormati dan digunakan dalam kehidupan. Ia juga merupakan seorang motivator yang sentiasa membakar semangat murid-murid ketika berada dalam keadaan yang kecewa untuk terus berusaha menghadapi cabaran dan menempah kejayaan.

Penjaga : Selain daripada pembimbing guru juga merupakan seorang penjaga kerana pada masa itu ibu bapa murid sedang bekerja. Oleh itu sebagai seorang penjaga tindakan mereka samalah seperti tindakan ibu bapa murid-murid sendiri. Ada ketikanya seseorang guru itu marah dan mengenakan denda sekiranya murid-murid melakukan kesilapan atau melanggari peraturan sekolah. Ada ketikanya pula guru-guru akan gembira dan memberi ganjaran jika murid-muridnya berkelakuan baik dan menumpukan segala perhatian terhadap pelajaran.

Pemudahcara : Guru juga merupakan seorang pemudahcara iaitu menyelesaikan masalah murid terutamanya dalam pembelajaran. Murid bebas bertanya kepada guru tentang masalah pembelajarannya sekiranya murid tidak memahami sesuatu topik. Walau bagaimanapun usaha yang gigih dan ikhlas daripada murid perlulah digandakan dan janganlah terlalu mengharapkan bantuan guru semata-mata. Dengan hanya mengharapkan bantuan guru sahaja akan menjadikan seseorang murid itu malas.

Guru tidak meminta apa-apa balasan daripada murid atas segala tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Harapan mereka agar segala tindakan yang mereka lakukan itu dapat dihargai oleh murid-murid dengan mengikuti segala nasihat yang diberi dan digunakan dalam kehidupan.

Tuesday, May 4, 2010

Nilai Bertanggungjawab

Setiap insan di dunia harus bertanggungjawab dan melaksanakan semua tugas supaya kita boleh hidup sempurna. Kita harus bersopan-santun agar disayangi ibu bapa dan guru-guru. Kita harus bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kita mesti membantu antara satu sama lain dengan ikhlas. Janganlah bercakap bohong kerana kita ingin orang mempercayai kita. Sikap jujur, amanah dan taat setia adalah tanggungjawab kita.

Kepentingan Kitar Semula

Apakah makna mengitar semula? Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti keras, plastik, kertas kadbod, kaca dan pakaian.

Ibu bapa harus mengasuh anak-anak supaya menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kitar semula penting untuk kelestarian alam sekitar. Justeru usaha meningkatkan kesedaran dan keprihatian terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Pendidikan tentang kepentingan kitar semula sewajarnya diajar kepada kanak-kanak berusia antara empat dan lima tahun. Ini kerana pada tahap umur tersebut mereka mudah dididik dan patuh pada arahan. Oleh itu, cikgu harap mereka dapat mengamalkan tabiat tersebut sehingga dewasa.

Masyarakat Malaysia harus mengamalkan kitar semula. Masyarakat perlu tahu mengasing dan mengenal pasti jenis sampah mengikut tong kitar semula. Masyarakat perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini. Kehijauan ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

Monday, April 26, 2010

Rukun Negara

     Ekoran dari rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, lantas Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk memastikan keamanan negara terus terpelihara. MAGERAN kemudiannya telah mewujudkan Majlis Perundingan Negara bagi membincangkan Strategi Perpaduan Nasional. Pada tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos 1970 maka ideologi negara iaitu Rukun Negara mula diperkenalkan.
     Matlamat utamanya adalah untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. Rukun Negara merupakan satu manifestasi kecintaan kepada negara yang telah berjaya memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Ia adalah sesuatu yang sentiasa relevan dalam konteks negara kita.
     Setiap Isnin dalam perhimpunan rasmi selepas menyanyikan lagu Negaraku, pelajar-pelajar diwajibkan untuk mengikrarkan Rukun Negara sebelum mendengar ucapan Pengetua. Rukun Negara juga perlu dihafal oleh setiap pelajar dan kadang-kadang ia menjadi salah satu soalan penting oleh guru kelas. Ianya memberikan makna terbesar dalam kehidupan rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.
     Prinsip pertama Rukun Negara yang pertama; Kepercayaan Kepada Tuhan. Di Malaysia, agama Islam adalah agama rasmi negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak beragama juga diberikan kepada semua rakyatnya. Mereka bebas menjalankan atau mengamalkan kepercayaan masing-masing. Manusia yang berpegang kepada agama mudah untuk diuruskan.
     Mana-mana agama sekalipun menggalakkan kebaikan dan menegah melakukan perkara yang terlarang. Di Malaysia terdapat masjid, tokong, kuil-kuil dan gereja. Ini dengan jelas membuktikan bahawa prinsip pertama Rukun Negara dipraktikkan oleh Kerajaan. Lantaran itu, kenapa mesti wujud demonstrasi yang kononnya di Malaysia penganut-penganut agama tertentu dikekang daripada melaksanakan kepercayaan mereka? Apakah benar tuduhan mereka ini?
     Isu agama amat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Mana-mana perkara yang menyentuh sensitiviti kaum amat dipandang serius oleh kerajaan. Justeru itu kerajaan tidak menggalakkan isu seperti ini dibincangkan secara terbuka. Lebih ditakuti apabila isu sebegini diperalatkan oleh individu-individu atau badan-badan tertentu untuk kepentingan peribadi atau politik mereka.
     Prinsip kedua Rukun Negara adalah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Rakyat dituntut untuk setia kepada Raja dan negara. Prinsip ini secara jelas mengakui bahawa DYMM Yang DiPertuan Agong merupakan Ketua Negara dan Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Negeri. Raja adalah lambang kesatuan dan penyatuan rakyat serta pelindung hak istimewa kaum peribumi. Menderhaka kepada Raja bermaksud menderhaka kepada negara. Setiap rakyat sesebuah negara itu wajib setia kepada negara sekiranya mereka mengakui diri mereka adalah rakyat negara itu.
     Apa akan jadi sekiranya ada golongan yang memperalatkan Raja demi kepentingan politik mereka? Apa akan jadi sekiranya kesetiaan yang ditunjukkan bukan kepada Raja negara ini tetapi kepada Raja di luar negara? Apa akan terjadi sekiranya ada tindakan mengundang campur tangan pemimpin negara luar dalam hal ehwal dalaman negara sendiri. Dalam senario ini, rasa cinta dan setia mereka kepada Raja dan negara boleh dipertikaikan.
     Prinsip ketiga Rukun Negara adalah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan negara dibentuk dengan berpaksikan kepada senario tanahair tercinta. Ianya luhur, suci, unggul dan merupakan undang-undang utama negara. Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.
     Kita hairan sejak kebelakangan ini seolah-olah adanya usaha daripada golongan tertentu untuk mengubah Perlembagaan apabila mereka mula merasakan bahawa Perlembagaan negara sudah tidak relevan lagi apatah lagi bila dilihat hanya menguntungkan orang-orang Melayu sahaja. Lebih malang lagi, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak langsung mengetahui dan memahami Perlembagaan Negara sendiri. Justeru itu, mereka mudah dipengaruhi oleh golongan yang mempunyai kepentingan dan agenda tersembunyi.
     Prinsip keempat Rukun Negara adalah Kedaulatan Undang-Undang. Rakyat dituntut untuk mematuhi undang-undang dan ditegah melanggarinya. Rakyat bertanggungjawab memelihara kedaulatan undang-undang negara kerana dengannya kita akan hidup aman dan damai.
     Akhir-akhir ini juga terdapat golongan tertentu yang memperlekehkan undang-undang negara; melakukan demonstrasi jalanan tanpa permit untuk meluahkan rasa tidak puashati mereka – BERSIH (pilihan raya), HINDRAF (penghapusan etnik) dan pengamal undang undang (sistem pelantikan hakim dan kebebasan bersuara).
     Undang undang perlu diberi keutamaan kerana ia adalah lambang kedaulatan negara. Ia merupakan peraturan dan tatacara perlakuan untuk memastikan negara sentiasa selamat daripada ancaman dalaman dan luaran.
     Prinsip kelima Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan. Kedua-dua perkara ini berkaitan dengan adab dan adat ketimuran yang tinggi nilai dan budayanya. Sebagai negara yang beradab dan berbudaya, jangan sesekali kita menghina dan memalukan negara sendiri dengan tindakan-tindakan yang menyanggahi budaya kita. Jangan kita jadikan budaya luar sebagai galang gantinya kepada adat dan budaya sendiri yang lebih tinggi dan berhemah.    
   

Sunday, April 18, 2010

Tanggungjawab Ibubapa

-  Membesarkan anak-anak.
- Menyediakan segala keperluan anak-anak seperti memberi pendidikan, kasih sayang dan keperluan harian yang secukupnya.
-  Mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang berguna.
-  Memberikannya pendidikan yang sempurna.
-  Menerapkan nilai-nilai moral kepada anak-anak supaya mereka menjadi anak yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan berbakti kepada ibubapa, masyarakat, raja dan negara serta mendapat kejayaan hidup.
-  Sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal.
-  Menegur, menasihati dan sentiasa memberikan nasihat dan teguran yang berguna kepada anak-anak supaya menjauhi perbuatan yang tidak elok dan tidak baik.
-  Menjadi teladan, contoh atau 'role model' kepada anak-anak supaya mengikut jejak langkah mereka yang baik itu.

Saturday, April 17, 2010

Latihan 5 USM

Soalan Esei

Rakyat Malaysia boleh menyambut pelbagai perayaan keagamaan masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni. Hari sambutan perayaan keagamaan telah diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia.

Huraikan nilai-nilai yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia berdasarkan pernyataan di atas.     (10 markah)

Friday, April 16, 2010

Latihan 4 UPM

1.  Tulis tugasan harian 3.
2.  Lukis peta minda tentang tanggungjawab seorang anak dalam buku latihan 2.

Saturday, April 3, 2010

Contoh Soalan Esei - Jasa Ibu

    Ibu merupakan insan yang penting dalam kehidupan anak-anak kerana ibu mengamalkan kasih sayang terhadap keluarga. Ibu mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap anggota keluarga. Sebagai ibu, cintanya terhadap anak-anak tidak pudar kerana ibu sentiasa mendidik dan menjaga anak-anak. Ibu juga membelai anak-anak dengan penuh kasih dan sayang. Setiap tahun, ibu mengingati hari jadi anak-anaknya dan berusaha meraikannya dengan gembira bersama keluarga. Ibu juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga. Ibu melaksanakan kewajipan terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia. Sungguhpun ibu sibuk, beliau tetap memastikan keperluan dan kebajikan anak-anak dijaga. Ibu juga menjaga maruah keluarga. Ibu tidak melakukan perkara-perkara yang menjejaskan nama baik keluarga.

Sunday, March 28, 2010

Peranan Ibu Bapa

Nyatakan tiga peranan yang sepatutnya ditunjukkan oleh ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia. (3 m)

Peranan pertama yang sepatutnya ditunjukkan oleh ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia ialah memberi semua kemudahan asas seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal. Kedua, meluangkan masa bersama anggota keluarga. Ketiga, mendidik anak-anak supaya menjadai insan yang berguna.

Saturday, March 20, 2010

Nilai Harga Diri Dalam Kalangan Remaja

   Remaja di Malaysia perlu bijak dalam segala tindakan mereka. Remaja perlu menjaga harga diri mereka. Remaja perlu mempunyai keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Remaja perlu mengelakkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej dan harga diri seseorang seperti budaya lepak, budaya punk, gengsterisme, vandalisme, lumba haram, mengambil pil ecstacy, mengambil dadah, pergaulan seks bebas, dll.

Kesan Amalan Rasuah

a) Diri : Imej diri akan terjejas, dijauhi rakan dan dipenjara.
b) Keluarga : Nama baik keluarga terjejas, dijauhi jiran dan sanak-saudara.
c) Negara : Imej dan ekonomi negara terjejas, pelabur asing tidak akan datang melabur di negara  kita.

Wednesday, March 3, 2010

Latihan - kelas 5USM

Semua murid 5USM dikehendaki mancari maklumat untuk tajuk perbincangan ini : Adakah masyarakat zaman silam lebih rajin daripada masyarakat kini? Nyatakan fakta-fakta atau contoh-contoh yang nyata dan kukuh untuk membuktikan masyarakat mana yang lebih rajin. Nilai bertanggungjawab, kerajinan dan berdikari dikaitkan dengan tajuk perbincangan ini.

Selepas Ujian Bulanan 1, semua murid 5USM dikehendaki memberi jawapan secara lisan untuk aktiviti perbincangan ini.

Format Kerja Amal

Perhatian : Semua pelajar 5USM, 4UPM dan 4UITM sila baca dan buat catatan.
Nombor 1 - 9 menandakan bilangan muka surat yang diguna untuk membuat kerja amal.

1.  Muka depan - Kerja Amal 1
                            Bidang ?
                            Tajuk ?

2.  Tajuk        :  ?
     Penganjur  :  ?
     Matlamat  :  ?

3.  Objektif  :
     Di akhir kerja amal ini, saya dapat :
     1.  Menyedari kepentingan kebersihan alam sekitar.    

     * Contoh bagi bidang alam sekitar
     * Mula tulis dengan kata kerja (Verbs/Action Words)

4.  Perjalanan Projek  :
     Tulis tentang langkah-langkah dan cara-cara membuat kerja amal.

5.  Peranan Saya :
     Tulis apa yang telah anda lakukan dalam kerja amal ini. Tempat mana yang telah anda bersihkan dan nama peralatan  yang digunakan.

     Kesan yang diperoleh : 
     Tulis kesan/hasil daripada kerja amal yang telah anda lakukan. Contoh - persekitaran sekolah menjadi lebih bersih, semua murid dapat belajar dengan selesa, para pelawat yang datang memuji kebersihan persekitaran sekolah, semua murid menjadi lebih bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekolah, dll.

Gabung 2 maklumat dalam muka surat yang sama.

6.  Lampiran :
     Lekat gambar-gambar sebagai bukti anda membuat kerja amal. Saiz gambar berukuran 3R. Tulis catatan ringkas di bawah gambar.

7.  Nota Ringkas :
     Tajuk :
     Penganjur :
    Tarikh :
    Masa :
   Tempat :
   Peranan :
  Sijil atau surat akuan :

8.  Sijil penghargaan

9. Surat akuan

Sunday, February 28, 2010

Definisi Satu Malaysia

'1 MALAYSIA'

(Disediakan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara)

1. PENGENALAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep '1 Malaysia' yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

'1 Malaysia'  membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

'1 Malaysia' memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

'1 Malaysia' adalah pemangkin kepada mengujudkan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai '1Malaysia', iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

2. DEFINISI

Konsep '1 Malaysia' menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

2.1 Huraian

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1 Konsep '1 Malaysia' menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membatas tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep '1 Malaysia'

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep '1 Malaysia', YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP '1 MALAYSIA' DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep '1 Malaysia' yang dinyatakan di atas, konsep '1 Malaysia' memiliki kelainan seperti berikut:

3.1 “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep '1 Malaysia' lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.

3.2 Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep '1 Malaysia' juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

4. KEDUDUKAN KONSEP '1 MALAYSIA'

Konsep '1 Malaysia' bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep '1 Malaysia' Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

5. HUBUNGAN KONSEP '1 MALAYSIA' DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU

Perkaitan antara konsep '1 Malaysia' dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan konsep '1 Malaysia', Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya '1 Malaysia', Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6. MATLAMAT

 '1 Malaysia' bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

7. NILAI-NILAI '1 MALAYSIA'

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah :


1. Budaya kecemerlangan

2. Ketabahan

3. Rendah hati

4. Penerimaan

5. Kesetiaan

6. Meritokrasi

7. Pendidikan

8. Integriti

Nilai-nilai moral dalam konsep Satu Malaysia ialah toleransi dan hidup bersama secara aman.
Nilai Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Pantang-larang Tahun Baru Cina

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my


2010/02/13   KATA-KATA 'zaman dah moden, dunia dah maju' sememangnya banyak mempengaruhi kehidupan remaja kini namun adat tradisi masih tidak boleh dilupakan sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan adat pemberian angpau dan majlis makan beramai-ramai yang lebih dikenali sebagai yee sang.
     Yee sang bermaksud majlis makan beramai-ramai untuk keuntungan di kalangan masyarakat Cina yang menjadi tarikan utama sempena sambutan Tahun Baru Cina.
     Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini. Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.
     Antara yang masih dipertahankan ialah pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit iaitu tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama sambutan kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan yang ada.
     Loi Bee Theng, 23, berkata, sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran dan kekayaan kepada mereka. Katanya, mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan pembawaan keuntungan dalam kehidupan untuk satu tahun mendatang.
     Masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan pecah. Oleh itu, mereka akan pastikan untuk sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja rumah supaya tiada petanda buruk boleh berlaku kepada keluarga mereka.
     Malah, menurut gadis ini, acara makan beramai-ramai paling dinantikan ketika sambutan berkenaan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya. Menurutnya, walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan. "Kita perlu pulang ke kampung berjumpa sanak-saudara memandangkan sesetengah orang mungkin hanya dapat berjumpa keluarga mereka setahun sekali. "Ia adalah perkara wajib yang perlu dilakukan bagi menunjukkan tanda terima kasih kepada keluarga seluruhnya," katanya ketika ditemui di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
     Sementara itu, Ong Huey Shyan, 23, berkata sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi mengenakan pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan. Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria," katanya.
     Selain itu, pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin. "Ia sememangnya dinanti-nantikan kerana pada ketika ini saya dapat mengumpulkan banyak angpau daripada sanak-saudara. "Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu berkenaan," katanya.
     Cindy Lee Ker Sin, 23, pula menjelaskan kewujudan pantang-larang adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab. Mungkin ramai tidak mempercayainya kerana menganggap ia sesuatu yang tidak boleh diterima pakai tetapi bagi mereka yang mengamalkannya, ia membantu dalam menjadikan kehidupan lebih bermakna.
     Baginya sendiri, perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang ringan kerana ia menjadikan siapa diri seseorang itu hari ini. "Kita perlu memeliharanya supaya tidak terus tenggelam dalam arus kemodenan dunia tanpa sempadan kini. "Selain kita sebagai generasi muda, siapa lagi yang boleh membantu mengekalkannya untuk tatapan dan pengetahuan generasi akan datang," katanya.
     Bagaimanapun, berlainan pula dengan Kenneth Kang, 24, yang tidak lagi mengamalkan adat tradisi ini selepas kematian neneknya. Menurutnya, dia sekeluarga tidak begitu mengamalkan adat tradisi itu kerana kurang mempercayainya namun ada sebahagian yang masih diamalkan. "Kami masih mengamalkan acara makan beramai-ramai sebelum Tahun Baru Cina kerana pada ketika itu, ia memberikan banyak kegembiraan dengan berkumpul semula bersama keluarga. "Lebih-lebih lagi semua sanak-saudara berada jauh di perantauan dan ketika itulah kami dapat bersemuka dan bergembira bersama," katanya.

Semua murid 4UPM harus menulis cara-cara mengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan dalam bentuk peta minda. Tulis dalam buku nota.

Saturday, February 27, 2010

Pembentangan 5 USM

PERHATIAN,

Semua murid 5 USM diingatkan untuk membuat pembentangan kerja kumpulan pada hari Isnin, 1/3/2010. Tulis isi-isi penting di kertas mahjong dengan menggunakan pen marker. Tulisan harus besar, kemas dan jelas. Bawa pelekat untuk menampal kertas mahjong di papan hitam. Semasa pembentangan kerja kumpulan dijalankan, murid-murid lain harus senyap dan memberi perhatian kepada rakan yang sedang membuat pembentangan.

Oleh kerana semua murid 5USM gagal membentang hasil kerja kumpulan, tarikh pembentangan telah ditunda ke hari Rabu, 3/3/2010. Cikgu berharap peluang yang diberi dihargai. Amalkan nilai amanah, bertanggungjawab dan kerajinan.

Pertandingan Melukis Poster

PERHATIAN,

Murid-murid yang berbakat dalam melukis dan mewarna poster digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan melukis poster anjuran Panitia Pendidikan Moral.  Sila berjumpa dengan Pn. Sia pada hari Khamis, 4/3/2010.

Wednesday, February 24, 2010

UJIAN 1 2010

Semua murid Tingkatan 4 dikehendaki menghafal nilai-nilai dalam bidang perkembangan diri untuk menjawab 4 soalan struktur dan 1 soalan esei. Jawab mengikut format yang telah diajar.

Semua murid Tingkatan 5 dikehendaki membaca buku teks Tingkatan 4 atau buku nota untuk menjawab 4 soalan struktur dan 1 soalan esei. Jawab mengikut format yang telah diajar.

Saturday, February 20, 2010

Latihan Soalan Struktur - Sumbangan Kanisha Sre, 5 USM

1.Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh ibu bapa bagi mewujudkan keluarga bahagia. (4 markah)
Ibu bapa patut mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Ibu bapa perlu mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap keluarga. Selain itu, ibu bapa patut mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Ibu bapa perlu melaksanakan tugas untuk tujuan melahirkan keluarga bahagia.

2. Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh anak-anak untuk mewujudkan keluarga bahagia. (4 markah)
Anak-anak perlu mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. Mereka harus berinteraksi dan memberi layanan sopan untuk mewujudkan keluarga harmoni. Nilai kedua yang patut diamalkan oleh anak-anak ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Mereka perlu melaksanakan kewajipan sebagai anak untuk melahirkan keluarga bahagia.

Latihan Soalan Struktur - Sumbangan Nirosha, 5 USM

1.   Andaikan rakan mengajak anda melakukan perbuatan-perbuatan berikut :
     menipu, merokok, berjudi, berlumba haram, mencuri, berbohong dan mengambil dadah
a)  Nyatakan nilai yang patut diamal oleh remaja?  (3 markah)
Nilai yang patut diamal oleh remaja dalam situasi di atas ialah harga diri. Remaja harus mengenal tanggungjawab mereka untuk memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, remaja harus mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kegiatan yang tidak berfaedah seperti menipu, merokok, mencuri dan lain-lain tingkah laku yang tidak sihat.

Friday, February 19, 2010

Kesilapan Tugasan Harian kelas 4 UPM

Antara kesilapan yang dikenal pasti dalam menyemak tugasan harian murid-murid 4 UPM ialah :
a)   Ejaan
b)   Struktur ayat
c)   Penggunaan imbuhan
d)   Tidak menggaris nilai moral
e)   Menggaris kata kunci nilai moral
f)   Tidak menulis nilai moral mengikut tajuk tugasan harian
g)   Terlalu banyak nilai moral dalam tugasan harian

Saturday, February 6, 2010

Latihan 4 UPM - Nilai Bertanggungjawab

1.  Jadual Waktu Harian Bagi Tempoh Seminggu

  Semua murid 4 UPM dikehendaki merancang jadual waktu harian untuk memupuk nilai bertanggungjawab dan menggunakan masa lapang dengan berfaedah. Jadual ini dapat membantu murid-murid mengagihkan masa dengan bijak untuk belajar, melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum, dll.

Tarikh hantar : Selepas Cuti Tahun Baru Cina
(Cikgu harap semua murid 4 UPM akan merancang jadual sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain untuk melakukan tugasan yang diberi. Ingat kepentingan nilai berdikari dan amanah!)

Sunday, January 31, 2010

Latihan kelas 4 UPM

1.  Huraikan dua nilai yang diamalkan oleh setiap penganut tanpa mengira agama.  (4 markah)

2.  Nyatakan tiga aktiviti yang boleh mewujudkan perpaduan kaum.  (3 markah)

3.  Berikan tiga kesan sekiranya tidak wujud perpaduan kaum. 
     (3 markah)

                        Tarikh Hantar : 5/2

Masih ada murid yg belum hantar sungguhpun tarikh hantar telah dianjak ke hari Sabtu. Cikgu harap murid-murid ini hantar secepat mungkin. Ingat nilai kerajinan dan bertanggungjawab!

Soalan Esei (Kanisha Sre - 5USM) Diubahsuai oleh Pn. Sia

Bincangkan nilai-nilai yang seharusnya diamalkan oleh setiap pelajar supaya masalah disiplin dapat dihindari. (10 markah)

    Nilai yang patut diamalkan oleh setiap pelajar ialah mematuhi peraturan dan undang-undang. Setiap pelajar perlu menerima peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Contohnya, tidak membawa barang larangan seperti telefon bimbit dan kosmetik ke sekolah. Selain itu, setiap pelajar juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah. Contohnya, tidak keluar dari kelas tanpa pas keluar.
Nilai kedua yang patut diamalkan oleh setiap pelajar untuk menghindari masalah disiplin ialah nilai kesederhanaan. Setiap pelajar tidak boleh bersikap keterlaluan dalam perlakuan. Contohnya, tidak melakukan vandalisme kerana menghargai kemudahan dan harta benda sekolah. Setiap pelajar juga mesti bersikap tidak keterlaluan dalam pertuturan. Oleh itu, setiap pelajar menghormati guru-guru yang telah bersusah payah mengajar dan mendidik mereka.

Soalan Struktur (Nirosha - 5USM)

1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh pelajar?  (3 m)
   Sebagai seorang pelajar, saya mengamalkan nilai kerajinan.
   Saya mempunyai usaha yang berterusan dalam bidang akademik.  Selain itu, saya tekun menyiapkan latihan yang diberi oleh guru-guru sekolah.

Friday, January 22, 2010

LATIHAN SOALAN STRUKTUR


Pencemaran sungai semakin berlarutan menyebabkan banyak kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tempat pelancongan telah terjejas. Pelbagai kempen kesedaran tentang kepentingan sungai telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan NGO. Namun demikian, masih ramai yang mengabaikannya dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan sungai.

(a) Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh rakyat untuk memastikan sungai tidak tercemar.
     (4 markah)

(b) Nyatakan dua sebab berlakunya pencemaran sungai. 
     (2 markah)

(c) Flora dan fauna penting untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar. Nyatakan dua kesan buruk sekiranya flora dan fauna digunakan tanpa mengambil kira perancangan yang mapan.  
    (2 markah)

(d) Nyatakan dua projek atau aktiviti yang memerlukan kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum dilaksanakan oleh pemaju.   (2 markah)

*Semua pelajar 5 USM dikehendaki menjawab soalan di atas.
Tarikh hantar buku latihan : 3/2

Thursday, January 14, 2010

CONTOH SOALAN ESEI

Usaha-usaha untuk memperkasakan institusi kekeluargaan merupakan agenda utama pembangunan negara kerana kerajaan menyedari bahawa institusi ini sedang menghadapi keretakan yang serius. Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga harus memainkan peranan untuk memperkukuhkan institusi keluarga.
Berikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai murni. (10 markah)

          Anggota keluarga harus mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga untuk memperkukuhkan institusi keluarga.  Anggota keluarga perlu mempunyai cinta yang mendalam antara satu sama lain untuk mengelakkan keretakan keluarga. Contohnya, tidak bergaduh sesama anggota keluarga.  Selain itu, anggota keluarga perlu mencurahkan kasih sayang yang berkekalan terhadap anggota keluarga.  Contohnya, abang menyayangi adik.  Nilai kedua yang harus diamalkan anggota keluarga ialah hormat dan taat kepada anggota keluarga.  Anggota keluarga harus memuliakan setiap anggota keluarga.  Sebagai contoh, menerima dan menghormati pendapat anggota keluarga.  Selain itu, anggota keluarga harus berinteraksi dan memberi layanan yang bersopan terhadap anggota keluarga.  Contohnya, melayan setiap anggota keluarga dengan baik tanpa mengira umur.

Jawapan esei saudari Lee Siew Fong, 4UPM.
Diubahsuai oleh Pn. Sia


Pada pendapat saya, anggota keluarga harus mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Setiap anggota keluarga perlu mempunyai kewajipan terhadap anggota keluarga yang lain. Sebagai contoh, setiap anggota keluarga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna. Selain itu, setiap anggota keluarga perlu meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Contohnya, anggota keluarga sentiasa menjaga perlakuan dalam aktiviti seharian untuk menjaga maruah keluarga. Anggota keluarga juga perlu mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Setiap anggota keluarga perlu mempunyai perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap anggota keluarga yang lain. Sebagai seorang anggota keluarga, kita perlu menyayangi setiap anggota keluarga dan mengelakkan pertelingkahan. Setiap anggota keluarga perlu mempunyai perasaan cinta yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. Kita perlu menyayangi anggota keluarga sepanjang masa.

Jawapan esei di atas telah diubahsuai dari jawapan saudari Chan Soo Hian, 4UPM.

Wednesday, January 13, 2010

NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA


Nilai Penerangan/Definisi

1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2 Amanah
Sikap bertanggungjawab
yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

8 Kerajinan
Usaha yang berterusan
penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

13 Kasih sayang terhadap keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

14 Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.

15 Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.

16 Tanggungjawab terhadap keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

17 Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

18 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

19 Kemapanan alam sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

20 Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

21 Cinta akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri.

22 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

23 Sanggup berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara.

24 Melindungi hak kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

25 Menghormati hak wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

26 Melindungi hak pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

27 Menghormati hak golongan kurang berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

28 Melindungi hak pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

29 Mematuhi peraturan dan undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

30 Kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

31 Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

32 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

33 Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

34 Hidup bersama secara aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

35 Saling membantu dan bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

36 Saling menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.


PERINGATAN
Pelajar digalakkan untuk menghafal kata-kata kunci setiap nilai (italic). Pelajar mesti menghafal sekurang-kurangnya dua kata kunci. Apabila pelajar diminta untuk menerangkan/menghuraikan/menjelaskan nilai, pelajar perlu menjelaskan kata-kata kunci sahaja. Jangan tulis definisi nilai berkenaan.

Thursday, January 7, 2010

KERJA KURSUS SPM PENDIDIKAN MORAL KERTAS 1225/2
Aktiviti 1 - Tugasan Harian

Calon dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral.


Pertimbangan yang perlu diambil kira :


(a) Guru perlu merancang 8 – 10 tugasan yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Moral.
(b) Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa.
(c) Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai,pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral.
(d) Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa.
(e) Setiap tugasan mestilah lebih kurang 250 patah perkataan dan ditulis pada kertas A4.
(f) Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio.

Aktiviti 2 - Kerja Amal

Calon dikehendaki melibatkan diri dalam empat kerja amal yang berkaitan dengan tiga
bidang pembelajaran Pendidikan Moral iaitu :

BIDANG :

Perkembangan Diri
1 aktiviti

Kekeluargaan
1 aktiviti

Alam sekitar
2 aktiviti - *1 aktiviti semasa Tingkatan 4 dan 1 lagi semasa Tingkatan 5


Calon dikehendaki melampirkan bahan seperti sijil penghargaan, surat akuan, gambar atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti penglibatan kerja amal yang telah dilakukan.


* Pelajar tidak dibenarkan menandatangani surat akuan sendiri bagi pihak ibu bapa atau guru.
Tindakan akan diambil terhadap pelajar yang meniru tandatangan guru.


Antara kerja amal yang boleh dijalankan ialah :

(i) bergotong royong membersihkan kawasan rumah/sekolah
(ii) mengindahkan atau mencantikkan kawasan perumahan/sekolah
(iii) membimbing pelajar lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan
(iv) menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat
(v) membaikpulih perabot sekolah
(vi) membersihkan taman rekreasi
(vii) mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan
(viii) membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim
(ix) membantu ibu bapa
(x) melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan kepada masyarakat
Format Peperiksaan SPM


Kertas 1 ( 1225/1 )
Ujian Bertulis

Perkara
Format

Jenis instrument
Ujian bertulis

Jenis item
Subjektif

Bahagian A - struktur
Bahagian B – esei

Bilangan soalan
Bahagian A – 8 soalan (jawab semua)
Bahagian B – 3 soalan (jawab 2)

Jumlah markah
Bahagian A – 80
Bahagian B – 20

Jumlah - 100
Tempoh ujian
2 jam 30 minit

Konstruk
Pengetahuan dan kefahaman 32%
Kemahiran 68%

Cakupan konteks
Mencakupi semua bidang pembelajaran dari tingkatan 4 dan 5
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN
PENDIDIKAN MORAL SPM

Soalan Struktur

Contoh bentuk soalan:
(i) Nyatakan/berikan/tuliskan/catatkan nilai
- 1 nilai diberi 1 markah
Syarat: Nilai yang ditulis mesti betul dari segi ejaan dan susunan kata.

(ii) Huraikan/terangkan/jelaskan nilai
- Terpulang kepada jumlah nilai yang ditanya dan markah yang diperuntukkan dalam soalan.
Syarat: Nilai harus betul, jika tidak, keseluruhan jawapan adalah salah.

Contoh 1: Terangkan 2 nilai……(6markah)
1 N + 1 P + 1 H
1 N + 1 P + 1 H



P = penerangan yang mengandungi kata kunci
H = penerangan kepada contoh amalan nilai


Contoh 2: Jelaskan 1 nilai….(3markah)
1 N + 1 P + 1 H


Contoh 3: Terangkan 3 nilai….(6markah)
1 N + 1 P
1 N + 1 P
1 N + 1 P

Contoh 4: Huraikan 2 nilai….(4markah)
1 N + 1 P
1 N + 1 P

(iii) soalan yang berkaitan dengan maksud /definisi nilai.
Contoh: Berikan maksud nilai (a) di atas.
Syarat: Pemarkahan terpulang kepada jumlah kata kunci nilai tersebut.

(iv) contoh soalan yang berkaitan dengan isi kandungan akademik.
Contoh: berikan /jelaskan kesan/akibat/langkah-langkah/cara-cara/faktor-faktor/tindakan/perkara/peranan/aktiviti

· Berikan – hanya tuliskan kesan/akibat sahaja
· Jelaskan/terangkan – tuliskan jawapan dan diikuti dengan penerangan


(B) Peringatan

(i) Nilai mesti ditulis dengan tepat
(ii) Ejaan mesti betul
(iii) Penambahan dan pengguran inmuhan tidak dibenarkan
(iv) Singkatan kata dalam nilai tidak diterima
(v) Jangan menggunakan perkataan ’tidak’ di hadapan nilai
(vi) Mesti tulis ayat yang lengkap.
(vii) Jika soalan berbunyi : jelaskan dua nilai yang harus/mesti/patut..maka jawapan mesti berbunyi, dua nilai yang harus/mesti/patut...
(viii) Penerangan yang tidak mengandungi kata kunci tidak diberi markah.
(ix) Calon dibenarkan menulis satu jawapan lebih bagi setiap soalan yang ditanya.


Soalan Esei

Peringatan

(i) jawapan harus ditulis dalam satu perenggan sahaja
(ii) jangan senaraikan nilai
(iii) jawapan yang dikehendaki meliputi 2 nilai, 4 penerangan dan 4 huraian sahaja.
(iv) Calon boleh menulis 3 nilai (maksimum)
(v) Penerangan mesti mengandungi kata kunci
(vi) Huraian mestilah perbuatan yang menunjukkan amalan nilai tersebut
(vii) Semua jawapan mesti ditulis dalam ruang yang disediakan. Jawapan yang ditulis dalam A4 yang diikat bersama tidak akan disemak



N1 + P1 + H1 + P2 + H2 = 5 markah

N2 + P3 + H3 + P4 + H4 = 5 markah

Kunci Kejayaan

Setiap pelajar harus menghafal kata kunci nilai moral. Tulis penerangan dengan kata kunci tersebut.

BLOG PENDIDIKAN MORAL