Usaha-usaha untuk memperkasakan institusi kekeluargaan merupakan agenda utama pembangunan negara kerana kerajaan menyedari bahawa institusi ini sedang menghadapi keretakan yang serius. Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga harus memainkan peranan untuk memperkukuhkan institusi keluarga.
Berikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai murni. (10 markah)
Anggota keluarga harus mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga untuk memperkukuhkan institusi keluarga. Anggota keluarga perlu mempunyai cinta yang mendalam antara satu sama lain untuk mengelakkan keretakan keluarga. Contohnya, tidak bergaduh sesama anggota keluarga. Selain itu, anggota keluarga perlu mencurahkan kasih sayang yang berkekalan terhadap anggota keluarga. Contohnya, abang menyayangi adik. Nilai kedua yang harus diamalkan anggota keluarga ialah hormat dan taat kepada anggota keluarga. Anggota keluarga harus memuliakan setiap anggota keluarga. Sebagai contoh, menerima dan menghormati pendapat anggota keluarga. Selain itu, anggota keluarga harus berinteraksi dan memberi layanan yang bersopan terhadap anggota keluarga. Contohnya, melayan setiap anggota keluarga dengan baik tanpa mengira umur.
Jawapan esei saudari Lee Siew Fong, 4UPM.
Diubahsuai oleh Pn. Sia
Pada pendapat saya, anggota keluarga harus mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Setiap anggota keluarga perlu mempunyai kewajipan terhadap anggota keluarga yang lain. Sebagai contoh, setiap anggota keluarga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna. Selain itu, setiap anggota keluarga perlu meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Contohnya, anggota keluarga sentiasa menjaga perlakuan dalam aktiviti seharian untuk menjaga maruah keluarga. Anggota keluarga juga perlu mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Setiap anggota keluarga perlu mempunyai perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap anggota keluarga yang lain. Sebagai seorang anggota keluarga, kita perlu menyayangi setiap anggota keluarga dan mengelakkan pertelingkahan. Setiap anggota keluarga perlu mempunyai perasaan cinta yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. Kita perlu menyayangi anggota keluarga sepanjang masa.
Jawapan esei di atas telah diubahsuai dari jawapan saudari Chan Soo Hian, 4UPM.
No comments:
Post a Comment