Thursday, September 15, 2011

Drama Patriotik 4 UM

Cikgu ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral kelas 4 UM. Persembahan drama yang bertajuk "Liku-liku Kemerdekaan" sangat menarik dan lucu. Syabas kerana anda semua bekerjasama untuk menjayakan drama ini.

Tuesday, September 6, 2011

Peringatan Menjawab Soalan Esei

1. Baca dan fahami soalan.
2. Pilih 2 soalan daripada 3 soalan.
3. Kenalpasti watak dalam setiap soalan.
4. Kenalpasti 2 nilai dalam setiap soalan. (Tulis 3 nilai sebagai langkah berjaga-jaga)
5. Tulis semua jawapan esei dalam SATU perenggan sahaja.
6. Tulis 5 ayat bagi setiap nilai. (Nilai + Penerangan 1 + Contoh 1 + Penerangan 2 + Contoh 2)
7. Pastikan jawapan esei anda mempunyai 10 ayat. (2 nilai) *Ingat tulis 3 nilai sebagai langkah berjaga-jaga - 15 ayat. * Nilai rasional ialah jawapan soalan esei yang sering diuji.

BLOG PENDIDIKAN MORAL