Wednesday, May 23, 2012

Latihan 5 UM

Setiap pelajar sekolah diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Melalui penyertaan ini, pelajar akan mendedahkan diri dalam aktiviti berpasukan di samping memupuk disiplin dan kerjasama dalam kalangan mereka. a. Jelaskan tiga nilai yang ingin diterapkan dalam diri setiap pelajar melalui Penyertaan pasukan beruniform. (6 m) b. Selain melalui badan beruniform, huraikan dua cara lain yang membolehkan pelajar sekolah melibatkan diri dalam khidmat sosial.(4 m)

Friday, May 18, 2012

Bangunan Warisan Lama Di Kuala Lumpur

1. Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka. 2. Bangunan Stesen Kereta api Tanah Melayu di Kuala Lumpur. 3. Muzium Telekom yang sekarang dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara. Ia terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur. Dahulu, bangunan ini dikenali sebagai Bangunan Wilayah Selangor (Selangor Region) 4. Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Saturday, May 5, 2012

Bangunan bersejarah

Pemuliharaan bangunan warisan negara penting. Bangunan-bangunan bersejarah yang terlibat ialah Gereja St. George (Pulau Pinang), bangunan Sanitary Board (Perak), bangunan lama Ibu Pejabat Pos Ipoh, Gedung Raja Abdullah (Selangor), bangunan lama Hong Kong dan Shanghai Bank (Melaka), Muzium Sultan Abu Bakar (Pahang), bangunan Persatuan Sejarah Malaysia (Terengganu) dan Masjid Mulong (Kelantan). Penjagaan bangunan bersejarah ini penting sebagai khazanah negara untuk tatapan generasi akan datang.

BLOG PENDIDIKAN MORAL