Tuesday, January 29, 2013

Latihan Soalan Struktur 4 UPM

1. Kadar penderaan kanak-kanak kian meningkat. (a) Huraikan nilai yang berkenaan dengan pernyataan di atas. (2 markah) (b) Berikan maksud nilai tersebut. (2 markah) (c) Nyatakan 2 punca penderaan kanak-kanak. (2 markah) (d) Nyatakan 2 kesan penderaan terhadap kanak-kanak yang didera. (2 markah) (e) Berikan 2 cara untuk mengatasi isu penderaan kanak-kanak. (2 markah)

Friday, January 25, 2013

Tajuk Tugasan Harian 6 - 5 USM

Faktor keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja

Tajuk Tugasan Harian 2 - 4 UPM

Penerapan nilai-nilai moral dalam aktiviti kokurikulum

Monday, January 21, 2013

Tajuk Tugasan Harian 6

Tingkatan 5 UM - Penerapan nilai-nilai moral dalam aktiviti kokurikulum.

Saturday, January 12, 2013

Penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar

(Facebook sebagai salah satu fenomena globalisasi) Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. 1. Murid-murid sekarang mula terpengaruh oleh rakan sebaya dalam aktiviti menghina dan mencaci guru melalui laman web popular. 2. Kebebasan berkomunikasi, foto, informasi dan komunikasi tidak dapat dibatasi, sehingga seorang anak dapat melakukan hal-hal yang ingin dilakukannya. 3. Pembaziran masa - Kurangnya waktu anak untuk belajar dan mengerjakan tugas kerana berkomunikasi dengan teman-teman mayanya dan Facebook juga menyediakan aplikasi ribuan permainan menarik secara percuma dan tanpa syarat apapun. 4. Selain itu, seorang anak yang sudah biasa dengan pergaulan maya akan mengalami kesulitan dalam bergaul secara langsung di lingkungannya dan mengurangi waktu anak tersebut untuk bersosialisasi. Ini akan membuat anak menjadi anti-sosial di lingkungan tempat ia seharusnya berinteraksi. 5. Internet dapat membuat anak lupa waktu, sehingga pola hidup menjadi tidak teratur. Pada saat anak seharusnya belajar dan bermain, dia terus berada di depan layar komputer hingga waktu yang dia inginkan. 6. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Teknologi Internet memungkinkan seseorang menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan. Terdapat pelbagai kategori jenayah siber yang telah wujud masa kini. Antara jenis-jenis jenayah siber yang biasa dilakukan oleh pengguna Internet ialah: a. Penipuan b. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer. c. Kecurian maklumat. d. Capaian secara tidak sah ke atas sistem e. Menyalin perisian secara tidah sah. f. Pengintipan g. Judi siber h. Skim cepat kaya i. Pornografi j. Penggodam atau "Hacker" k. Penyebaran virus l. Mel Spam

BLOG PENDIDIKAN MORAL