Tuesday, September 17, 2013

Latihan Soalan Esei - 4 UPM (Buku Latihan 2)

Bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh warganegara Malaysia untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Tuesday, September 10, 2013

Latihan 4 UPM

Nyatakan nilai-nilai dalam pernyataan di bawah 1. Yie Shun menceritakan semua perihal rahsia peribadi keluarga Chun Wei kepada rakan-rakannya yang lain. 2. Shao Wei melastik burung enggang yang jarang ditemui itu dan mengurung lalu mengikat kakinya di dalam sebuah sangkar. 3. Nicholas sering mengupah Visa untuk menyiapkan kerja rumah dan menyalin nota untuknya. 4. Pada sebuah majlis ulangtahun syarikat, Hao Wei makan dengan lahap dan gelojoh. Dia juga bercakap semasa mulutnya penuh dengan makanan. 5. Ji Zing gemar berbelanja besar untuk membeli pakaian dan beg tangan import yang diperbuat daripada bulu dan kulit binatang yang hampir pupus. 6. Kita harus mengelakkan daripada melakukan sesuatu perkara mengikut perasaan dan tanpa memerlukan pertimbangan. 7. Wai Kuin tidak mengharapkan pertolongan daripada orang lain dalam membuat kerja rumahnya. 8. Ken Wein belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan. 9. Wen Ling mempunyai perasaan sayang yang berkekalan terhadap ibu bapanya. 10. Pemilik kilang tidak mencemarkan sungai demi kepentingan diri.

BLOG PENDIDIKAN MORAL