Friday, April 12, 2013

Perhatian

1. NILAI - Hafal semua 36 nilai. Tiada kesalahan ejaan. Jangan guna kata singkatan, tambah @ gugur @ ubah imbuhan. Kenalpasti nilai ikut indikator nilai dalam soalan. 2. DEFINISI -Ingat semua kata kunci dengan tepat. Jangan tulis penerangan sendiri untuk nilai. Jika diminta berikan maksud atau definisi nilai, jangan tulis watak @ situasi. Hanya tulis definisi sahaja. Perlu kuasai sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kata kunci penting. 3. KANDUNGAN AKADEMIK -Ingat semua isi penting yang terdapat dalam buku teks ting 4 & 5. Perlu hafal akta, dasar, peraturan, organisasi dll yang berkaitan dengan tajuk. Ada kandungan akademik yang guna ’common sense’ dan ada yang perlu dirujuk kepada buku teks.

Monday, April 1, 2013

Tahniah 5 UM tahun 2012

Cikgu amat bangga dan gembira dengan pencapaian keputusan peperiksaan SPM Pendidikan Moral kelas 5 UM tahun 2012. Semua murid berjaya mendapat gred A, A- dan A+ kecuali 2 orang murid yang mendapat gred B. Tahniah dan semoga anda semua berjaya di masa depan.

BLOG PENDIDIKAN MORAL