CARA MENJAWAB SOALAN KANDUNGAN AKADEMIK
1. Baca dahulu soalan dengan teliti untuk memahami kehendak soalan.
2. Rujuk markah yang disediakan untuk setiap bahagian. Jika satu jawapan diberikan 2 markah, pastikan ada huraian atau contoh bagi menyokong jawapan.
Contoh :
Terangkan 2 cara remaja boleh memanfaatkan masa lapang. (4 markah)
i. Dengan terlibat dalam aktiviti riadah (1 m) seperti bermain bola (1 m)
ii. Meluangkan masa bersama anggota keluarga (1 m) seperti berkelah (1m)
3. Jawapan mesti lengkap. Contohnya ’mengadakan kempen’ .......kempen apa? Jawapan tidak jelas. Mesti spesifik contohnya, kempen anti dadah.
4. Perjelaskan setiap jawapan dengan bahasa yang mudah dan tidak bombastik supaya mudah difahami oleh pemeriksa.
5. Boleh beri lebih satu jawapan (plus one) jika ada masa, tetapi pastikan anda menulis tanpa mengganggu ruang jawapan yang disediakan.
6. Sila ’go thru’ isi dalam buku teks, terutamanya bahagian yang melibatkan akta, dasar dan fakta yang konkrit.
No comments:
Post a Comment