Sunday, February 12, 2012

Ponteng Sekolah

Ponteng diklasifikasikan keoada 5 jenis iaitu :

1. ponteng sekolah (tidak hadir ke sekolah pada satu atau lebih hari)
2. ponteng kelas (tidak hadir ke kelas semasa suatu-satu pengajaran dan pembelajaran dijalankan)
3. ponteng perhimpunan (tidak hadir perhimpunan tanpa sebab)
4. ponteng GERKO dan SUKAN (tidak hadir untuk menjalankan sebarang aktiviti GERKO atau SUKAN)
5. ponteng solat (bagi pelajar Islam )

MENGAPA KITA TIDAK HARUS PONTENG KE SEKOLAH?

Kita sudah sedia maklum, sekolah merupakan institusi sosial paling penting kerana sekolah ialah tempat kita dididik dengan ilmu pengetahuan serta diterap dengan disiplin dan nilai-nilai murni. Oleh itu, saya amat yakin dan saya mengangap bahawa sekolah kita merupakan salah sebuah pusat latihan yang memberikan pendidikan kepada para pelajar agar bersedia menghadapi cabaran hidup danseterusnya mampu memimpin diri sendiri serta generasi akan datang.
Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu pengetahuan serta menerima pendidikan secara formal dan segala aspek yang berkaitan. Tanpa bimbingan dan pengajaran yang sewajarnya, saya yakin, kita tidak akan ke mana-¬mana. Kita tidak akan dapat mengikuti arus pemodenan negara pada masa ini.

Di sekolah, guru ialah individu yang paling bertanggungjawab terhadap pendidikan yang diberikan kepada kita. Mereka terlatih dan profesional dalam pendidikan segala ilmu yang diajarkan dapat membuka minda kita untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Penerapan nilai-nilai positif dan disiplin yang tegas pula dapat membentuk imej dan keperibadian seseorang pelajar. Ilmu yang dipelajari di sekolah merupakan benteng yang boleh menghalang kita daripada terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan kita. Di samping itu, kegiatan Kokurikulum yang dijalankan di sekolah dapat membentuk dan mencungkil bakat kepimpinan seseorang pelajar yang berpengetahuan dan berwawasan tetapi dapat memberikan daya kekuatan untuk menangkis segala kegiatan jenayah .

Sekiranya kita ponteng sekolah, sudah tentu kita akan ketinggalan satu-satu formula atau topik yang diajarkan setiap mata pelajaran. Jika pada hari ini ada 5 subjek yang diajarkan, kita sudah mengalami kerugian 5 subjek. Kalau setiap guru memberikan kerja rumah dan sudah mengalami kerugian 5 kerja rumah dan sudah tentu kita tidak dapat menyelesaikan tugasan atau kerja rumah yang diberikan. Keesokan harinya pula guru pasti akan memeriksa kerja rumah yang diberikan, dan sudah pastinya akan menerima hukuman. Bayangkan kalau kita ponteng berhari-hari. Sudah tentu kerugian dan masalah yang banyak akan kita alami.

Oleh itu, janganlah ponteng jika tidak ada sebab-sebab yang terlalu penting seperti sakit atau sebagainya. Jika kita tidak pernah ponteng sekolah, sudah tentu kita dapat menguasai sesuatu topik atau bab yang diajarkan oleh guru dengan baik. Apabila kita dapat menguasai mata pelajaran itu dengan baik, kita boleh menjawab soalan dengan mudah. Dan bila kita boleh menjawab soalan dengan mudah, saya amat yakin, kita mampu lulus dengan cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Bahkan bukan itu saja, di sekolah juga kita diterapkan dengan nilai¬nilai murni yang menjadikan kita sebagai seorang pelajar yang cemerlang disiplin dan cemerlang akhlak. Ia sesuatu yang membanggakan pihak sekolah dan ibu bapa kita.

Jika sering ponteng, kita amat terdedah kepada banyak gejala sosial yang negatif di luar sana. Mula-mula melepak. Apabila melepak cuba mengganggu orang, merokok, menghidu gam, mengambil syabu dan menagih dadah. Tidak cukup dengan itu, kita mengugut, membuli, kemudian membelasah orang. Tidak puas lagi, kita terjebak dalam kegiatan hina seperti mencuri. menyamun, meragut , merompak dan seterusnya mungkin membunuh.

Adakah ini matlamat hidup kita? Adakah ini sikap seorang yang terpelajar? Adakah ini yang diharapkan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat kita? Adakah kita rela untuk hidup tanpa hala tuju, jadi penganggur ukur jalan sana, sini? Bolehkah kita, 'Menuju Ke Arah Kegemilangan Yang Menyeluruh' seperti yang termaktub dalam Falsafah Sekolah, jika kita sering saja ponteng sekolah ? Adakah kita ? Bolehkah kita ? atau Mampukah kita ?.Tanyalah diri kita kerana kita penentu segala-galanyanya.

Pihak sekolah mempunyai peraturan yang tegas lagi adil :
1. Di dalam Buku Peraturan Sekolah : ponteng sekolah dan ponteng kelas adalah dianggap sebagai Perkara 26.0 : Kes Salah laku Berat, yang boleh dikenakan tindakan gantung dan buang sekolah serta merta, dan
2. hukuman rotan boleh dikenakan kepada mereka yang Lewat Hadir dan Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah serta ponteng perhimpunan rasmi dan ponteng solat (bagi pelajar Islam sesi petang)

BLOG PENDIDIKAN MORAL