Remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada peringkat ini, seseorang individu mengalami perubahan yang pesat dari segi biologi, fizikal, mental dan emosi di samping perubahan tanggungjawab dan peranan.
Kenakalan remaja (Juvenile Delinquence) adalah merujuk kepada perbuatan dan aktiviti remaja yang berlawanan daripada norma-norma masyarakat, undang-undang negara dan agama seperti mencuri, merompak, merogol, berzina, membunuh, menagih dadah, menderhaka kepada ibu bapa dan seumpamanya. Perbuatan remaja dikatakan nakal kerana remaja dianggap masih belum matang, belum dewasa dan perbuatan jenayah yang mereka lakukan tidak dikenakan hukuman yang berat. Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti ponteng sekolah, membuang bayi,lari dari rumah serta seks bebas kini tidak lagi mengejutkan kita. Malahan, remaja kini semakin berani melakukan perbuatan jenayah seperti menganggotai kumpulan samseng, membunuh, samun tanpa senjata api, pelacuran, judi, vandalisme, penyalahgunaan dadah, minum arak, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan sepeti ini bukan hanya berlaku di sekolah bandar dan pinggir bandar, malahan turut melibatkan pelajar di sekolah-sekolah luar bandar. Perbuatan jenayah ini boleh dianggap semakin sinonim dengan kehidupan mereka seharian.
Faktor kenakalan remaja - persekitaran, media massa, keluarga dan rakan sebaya.
No comments:
Post a Comment