Thursday, June 21, 2012

Latihan 4 UM

Huraikan nilai-nilai yang patut diamalkan oleh ketua pengawas sekolah. [10 markah] Contoh Jawapan : Ketua pengawas patut mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia patut memikul tugasnya menguatkuasakan peraturan sekolah. Sebagai contoh, dia mendenda murid yang lewat ke sekolah. Ketua pengawas juga patut melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Dia patut melaporkan kepada guru walaupun rakan baiknya melanggar peraturan sekolah.

Sunday, June 17, 2012

Soalan Kandungan Akademik

Untuk menjawab soalan-soalan kandungan akademik, para pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti: a) Akta b) Dasar c) Nama-nama pertubuhan d) Kesan sesuatu isu/fenomena/masalah e) Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah f) Cara mengatasi sesuatu isu/fenomena/masalah

Wednesday, June 6, 2012

Soalan Struktur

Nyatakan 4 kesan jika tiada nilai hemah tinggi dalam kalangan pelajar di sekolah. i) Pelajar tidak menghormati antara satu sama lain. ii) Pelajar bersifat angkuh. iii) Pelajar sering bertelingkah sesama sendiri. iv) Pelajar tidak bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti di sekolah.

BLOG PENDIDIKAN MORAL