Friday, July 25, 2014

Latihan 4 UM

Baca pernyataan di bawah dan tulis nilai-nilai moral yang berkaitan.

1. Devandran sentiasa berusaha berterusan dengan cekal, gigih dan tekun dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru-guru sekolahnya.

2. Wai Shek dipilih sebagai Ketua Pengawas sekolah oleh guru-guru SMK Bandar Puchong Jaya (A).

3. Ravi memikirkan kesan buruk terhadap masa depannya jika terlibat dalam gengsterisme.

4. Li Ann memulangkan barang-barang yang dijumpai kepada pemiliknya.

5. Leon menjaga maruah keluarga supaya nama baik keluarganya tidak terjejas.

6. Ibu masak sungguhpun beliau penat setelah pulang bekerja dari pejabat.

7. Murid-murid 4 UM mengikut arahan guru supaya membersihkan kelas sebelum tamat waktu persekolahan.

8. Thinesh mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

9. Semua remaja harus menerima teguran, nasihat dan kritikan untuk kebaikan diri.

10. En. Ganesh dan En. Thayabaran menjalankan tugas untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar.

11. Bapa menjalankan kewajipannya untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia untuk anak-anak.

12. Jing Yi suka melakukan kerja-kerja rumah tanpa meminta bantuan daripada pembantu rumahnya.

13. Walaupun Wei Li anak orang kaya, namun dia tidak bersikap angkuh.

14. Jhing Ee tidak menceritakan kepada orang lain tentang rahsia kawan baiknya.

1 comment:

BLOG PENDIDIKAN MORAL