SOALAN ESEI
Huraikan nilai-nilai yang patut diamalkan oleh pengawas sekolah. (10 markah)
Seorang pengawas patut mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia patut memikul tugas dalam mematuhi peraturan sekolah dan menguatkuasakan peraturan sekolah. Sebagai contoh, dia menahan murid-murid yang datang lewat ke sekolah. Dia juga patut melaksanakan tugasnya dengan mengawal disiplin murid-murid. Sebagai contoh, dia menyalin nama murid-murid yang masuk kelas lewat. Selain itu, dia juga mengamalkan nilai amanah. Dia patut mempunyai sikap bertanggungjawab dalam memberi maklumat kepada guru-guru. Sebagai contoh, dia melaporkan kes salah laku murid-murid kepada guru disiplin. Dia juga patut menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain dengan menjaga imej diri. Sebagai contoh, dia menegur murid-murid yang melanggar peraturan sekolah walaupun mereka adalah kawan-kawannya.
No comments:
Post a Comment