Baca pernyataan di bawah dan tulis nilai-nilai moral yang berkaitan.
1. Harrendra tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana perbuatan itu merosakkan diri sendiri.
2. Hanna mematuhi ajaran agamanya.
3. Tashini merawat luka kucing yang dijumpai di tepi jalan.
4. Kevin mempunyai perasaan sayang yang berkekalan terhadap ibu bapanya.
5. Dick Kee bertutur dengan sopan.
6. Ban Seng sentiasa berusaha berterusan dengan cekal, gigih dan tekun dalam tugas yang diberikan.
7. Brian membantu orang tetapi pada masa yang sama memastikan kepentingan diri dijaga.
8. Kita mesti memulangkan barang-barang yang dijumpai kepada pemiliknya.
9. Anak-anak menjaga maruah keluarga supaya nama baik keluarga tidak terjejas.
10. Saatchin memikirkan kesan buruk terhadap masa depannya akibat menyertai kumpulan samseng.
11. Saya menghormati anggota keluarga saya.
12. Ibu membahagikan pen-pen yang dibelinya secara sama banyak kepada tiga orang anaknya.
13. Murid-murid 3 USM mengikut arahan guru supaya membersihkan kelas sebelum tamat waktu persekolahan.
14. Kita mesti mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
15. Remaja harus sabar apabila menghadapi masalah.
16. Dia yakin dirinya ciptaan Tuhan yang istimewa.
17. Tenya boleh melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
18. En. Nazri dan En. Rajan menjalankan tugas untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar.
19. Saya tekun berusaha demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan.
20. Bapa menjalankan kewajipannya untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia untuk anak-anaknya.
21. Wai San suka melakukan kerja-kerja rumah tanpa meminta bantuan daripada orang gajinya.
22. Walaupun Tung Keen anak orang kaya, namun dia tidak bersikap angkuh.
23. Nadine tidak menceritakan kepada orang lain tentang rahsia kawan baiknya.
No comments:
Post a Comment