Wednesday, June 29, 2011

Pelajar yang berjaya

Ketekunan dan memberi tumpuan ketika guru mengajar merupakan antara ramuan kejayaan pelajar. Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada tahap disiplin kerana tanpa elemen tersebut, ia akan menimbulkan masalah kepada guru sekali gus menjejaskan tumpuan kepada pelajaran.
Selain itu, pelajar yang berpenat lelah tanpa mengira masa dalam mengulangkaji pelajaran juga merupakan rahsia kejayaan. Kejayaan tidak akan dinikmati jika seseorang pelajar itu malas mengulang kaji pelajaran.
Pelajar yang mengamalkan belajar secara berkumpulan dan menyiapkan semua latihan yang diberikan guru di rumah juga merupakan faktor kejayaan.
Kesungguhan guru turut membantu dalam kejayaan pelajar.

No comments:

Post a Comment

BLOG PENDIDIKAN MORAL