Tuesday, September 4, 2012

Antara kepentingan terumbu karang ialah sebagai perlindungan persisir pantai. Ia mengurangkan halaju ombak dan menghalang kejadian hakisan. Selain itu, karang menyerap karbon dan ini mengurangkan jumlah karbon dioksida di atmosfera. Ia juga bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai terhadap ombak yang kuat. Terumbu karang juga menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk tumbesaran anak-anak ikan. Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies hidupan marin. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan dan hidupan akuatik. Kerajaan meningkatkan kesedaran rakyat tentang penjagaan terumbu karang melalui media massa dalam bentuk bercetak atau melalui radio dan televisyen. Selain itu, pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

No comments:

Post a Comment

BLOG PENDIDIKAN MORAL