Tuesday, November 19, 2013

SPM 2013

Cikgu berharap para pelajar tidak terkejut dengan format soalan esei tahun ini. Jawab ikut format yang diajar. Cuma tulis soalan yang diminta sebagai contoh. Sebagai contoh, terangkan lima pengajaran yang boleh anda contohi daripada kejayaan orang kurang upaya. Jadi contoh untuk dua nilai hanya 4 ayat sahaja = 4 pengajaran. Tambah 1 ayat lagi sebagai contoh dalam mana-mana dua nilai. Untuk soalan ini, anda boleh tulis 11 ayat untuk 2 nilai.
Untuk soalan huraikan tiga alasan sama ada wajarkah tindakan anak warga emas memukul ayahnya, anda patut tulis alasan tersebut sebagai huraian dalam kata kunci.
Untuk soalan terangkan lima cara anda memelihara dan mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia, adalah sama seperti menjawab soalan orang kurang upaya, iaitu tulis sebagai contoh.

Monday, November 18, 2013

Selamat Berjaya

Cikgu berharap semua pelajar dapat menjawab Kertas 1225/1 pada 20/11 (Rabu) dengan baik.
1.   Baca dan fahami soalan.
2.   Lihat pemberatan markah bagi setiap soalan supaya anda tahu apa yang perlu dijawab.
3.   Mula ayat dengan watak.
4.   Ingat tulis perkataan 'nilai'.
5.   Tulis ayat selepas kata kunci.
6.   Ingat format menjawab soalan esei. (N1+KK1+C1+KK2+C2) dan (N2+KK1+C1+KK2+C2)
7.   Tulis 3 nilai bagi setiap soalan esei.
8.   Jawab ketiga-tiga soalan esei.
9.   Tulis ayat sendiri bagi contoh berdasarkan situasi dalam soalan esei.
10. Jangan salin contoh dari situasi bulat-bulat.
11. Jangan tinggalkan dewan/bilik peperiksaan sebelum masa tamat. Ingat "Masa itu emas."

Selamat Berjaya!!!

BLOG PENDIDIKAN MORAL