Bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh warganegara Malaysia untuk merealisasikan Wawasan 2020. ( 10 markah )
Warganegara Malaysia perlu mengamalkan nilai hidup bersama secara aman. Mereka perlu hidup berbaik-baik antara satu sama lain demi menjaga hubungan dengan semua jiran. Sebagai contoh, mereka perlu mengelakkan perselisihan faham. Selain itu, mereka perlu mengutamakan kedamaian dan keharmonian untuk hidup dalam suasana tenteram. Misalnya, mereka perlu memupuk hubungan dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Seterusnya, mereka perlu mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama. Mereka perlu mempunyai usaha baik dan membina supaya matlamat Wawasan 2020 dapat dicapai. Sebagai contoh, murid-murid belajar bersungguh-sungguh supaya dapat memimpin negara pada yang depan. Di samping itu, mereka perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial yang dilakukan bersama untuk menjaga maruah negara. Sebagai contoh, pihak berkuasa dan masyarakat bekerjasama untuk membanteras aktiviti pengedaran dadah untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
No comments:
Post a Comment