Baca pernyataan di bawah dan tulis nilai-nilai moral yang berkaitan.
1. Kenny sentiasa melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru-guru sekolahnya. ( )
2. Gavin mengibarkan bendera semasa menyambut Hari Kemerdekaan. ( )
3. Ravi boleh berfikir tentang kesan buruk terhadap masa depannya jika terlibat dalam gengsterisme. ( )
4. Kanisha diberi kepercayaan untuk menjaga rumah jirannya yang pergi bercuti. ( )
5. Semua remaja harus menjaga maruah keluarga supaya nama baik keluarga tidak terjejas. ( )
6. Ibu masak sungguhpun beliau penat setelah pulang bekerja dari pejabat. ( )
7. Jenny sentiasa berusaha sehingga mencapai kejayaan. ( )
8. Alvin mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga. ( )
9. Semua remaja harus menerima teguran, nasihat dan kritikan untuk kebaikan diri. ( )
10. En. Ganesh menjalankan tugas sebagai guru disiplin untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar. ( )
11. Bapa menjalankan kewajipannya untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia untuk anak-anak.
12. Vivian melakukan kerja-kerja rumah tanpa meminta bantuan daripada pembantu rumahnya. ( )
13. Encik Tan tidak pandang rendah terhadap pekerja yang cacat kerana dia mengambilnya untuk bekerja di syarikatnya. ( )
14. Semua penganut agama harus mematuhi ajaran agama masing-masing. ( )
No comments:
Post a Comment