Wednesday, April 30, 2014

Nota 4 UM

Unit 15
1. Kepentingan mengekalkan tradisi kekeluargaan ialah:
a) dapat menyatupadukan anggota keluarga
b) megeratkan hubungan antara anggota keluarga
c) tidak pupus ditelan zaman dan terus diwarisi oleh generasi yang akan datang
d) merupakan jambatan bagi menghubungkan generasi lama dan baharu

2. Perayaan Tung Zhi dalam masyarakat Cina mempunyai pengertian tersendiri dalam
mengukuhkan institusi keluarga melalui:
a) makanan yang dibuat khas untuk menunjukkan keistimewaan tersebut merupakan simbol
perpaduan dan kesejahteraan rumah tangga
b) amalan duduk dikeliling meja ketika menikmati hidangan dapat megeratkan hubungan
kekeluargaan

3. Simbol pokok pisang dalam tradisi masyarakat India ialah kesinambungan zuriat atau
keturunan dalam sesebuah keluarga. Dalam hal in:
a) anak-anak perlu berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara
b) anak-anak perlu memastikan maruah nama baik dan kehormatan keluarga terpelihara
sepanjang masa
c) seseorang anak hendaklah memberi sumbangan kepada keluarga, bangsa dan negara dengan
meneladani orang tua masing-masing

4. Amalan mengekalkan tradisi kekeluargaan diteruskan kerana:
a) menyediakan individu untuk menghadapi cabaran dan perubahan di luar rumah tangga
b) Institusi kekeluargaan yang kukuh berupaya menangkis sebarang pengaruh negatif yang
mengancam keruntuhan akhlak dan keruntuhan keluarga
c) berupaya menyambung ke arah pembentukan masyarakat yang bersepadu

5. Tanggungjawab setiap anggota keluarga bagi memastikan tradisi kekeluargaan mereka
diteruskan ialah:
a) mengambil berat akan tradisi kekeluargaan
b) menegur anggota keluarga yang mengabaikan tradisi kekeluargaan
c) mengamalkan tradisi kekeluargaan sebagai cara hidup

6. Adat meja makan diamalkan dalam keluarga baba dan nyonya serta keluarga Cina dengan tujuan untuk:
a) mendisiplinkan anak-anak
b) mengajar anak bersopan-santun ketika makan

7. Aktiviti yang boleh diadakan oleh sesebuah keluarga supaya setiap orang dapat berkumpul bersama-sama ialah berkelah, melancong dan meraikan hari istimewa anggota keluarga.

No comments:

Post a Comment

BLOG PENDIDIKAN MORAL