Saturday, April 26, 2014

Sambungan Nota 4 UM

dengan cara :
a) berjimat cermat
b) bertutur dengan sopan
c) berpakaian dengan situasi dan adat
d) membeli barangan perlu sahaja
e) menggunakan tenaga elektrik dan air dengan tidak membazir
f) bersyukur dengan setiap nikmat yang diterima

6. Antara beberapa peraturan yang melarang perlakuan dan pertuturan yang keterlaluan ialah:
a) tidak boleh berbuat bising di dalam kelas
b) tidak boleh melawan cakap guru
c) tidak boleh menggunakan bahasa yang kasar

7. Rasional peraturan yang dikuatkuasakan ialah:
a) tidak boleh bising - pelajar dapat menumpukan perhatian ketika guru mengajar
b) melawan cakap guru - guru patut dihormati
c) tidak menggunakan bahasar kasar - pelajar perlulah bersopan dan berhemah tinggi

8. Beberapa contoh kata-kata hikmat yang menggambarkan nilai kesederhanaan ialah:
a) Cermat masa banyak, jimat masa sedikit (maksud: janganlah kita terlalu boros dalam membelanjakan harta ketika kita senang dan beringat-ingat dalam perbelanjaan ketika kita susah)
b) Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak (maksud: sombong apabila mendapat sesuatu)
c) Jangan membesarkan kerak nasi (maksud: janganlah membesarkan perbelanjaan yang membazir)
d) Sedikit- sedikit lama-lama jadi bukit (maksud: jika kita berjimat mengumpul wang walaupun sedikit, akhirnya akan banyak juga)
e) Ukur baju di badan sendiri (maksud: tiap-tiap perkara yang hendak kita kerjakan itu biarlah sesuai dengan kemampuan kita)

8. Nasihat saya kepada kawan yang selalu menghabiskan wang simpanannya untuk membeli pakaian dan kasut yang berjenama ialah:
a) anda perlu berubah sikap
b) pakaian dan kasut yang berjenama boleh dibeli tetapi janganlah keterlaluan
c) amalkan sikap berjimat cermat
d) pakaian dan kasut yang tidak berjenama tetapi tahan lama juga boleh digunakan

9. Nasihat saya kepada kawan saya yang tidak dapat mengawal kemarahannya apabila dia sedang marah, menjerit-jerit dan menengking-nengking dengan kata-kata kesat ialah:
a) anda perlu berusaha untuk mengawal kemarahan
b) luahkan kemarahan anda dalam sekeping kertas atau tuliskannya di dalam diari

10. Sebab-sebab untuk membelanjakan baki wang tabungan kelas untuk semua guru yang mengajar kelas kami ialah:
a) sebagai tanda mengenang jasa mereka
b) sebagai kenang-kenangan terhadap guru yang akan berpindah

11. Sebab-sebab untuk membelanjakan baki wang tabungan kelas untuk mendermakan wang itu kepada seorang pelajar yang tidak mampu membayar yuran sekolah ialah:
a) pelajar itu memerlukan bantuan
b) membolehkan pelajar tersebut meneruskan pembelajarannya

UNIT 13
1. Jasa dan pengorbanan ibu bapa ialah:
a) membesarkan anak-anak
b) memberi pendidikan yang sempurna
c) bekerja untuk menyara keluarga

2. Seorang anak dapat menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa dengan cara:
a) meraikan hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi mereka
b) sentiasa bersama-sama mereka apabila menjelangnya musim perayaan kebesaran kaum masing-masing

3. Kepentingan sambutan hari istimewa dalam sesebuah keluarga ialah:
a) mempertemukan keluarga yang tinggal berjauhan
b) mengeratkan hubungan kekeluargaan
c) menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa

4. Kasih sayang kepada anggota keluarga perlu ditunjukkan melalui perbuatan kerana hanya dengan cara tersebut sahaja kasih sayang tersebut dapat dibuktikan.

5. Sekiranya tidak ada perasaan sayang terhadap anggota keluarga, perkara- perkara yang akan berlaku ialah anggota keluarga akan:
a) bermasam muka
b) tidak bertegur sapa
c) tidak mesra antara satu sama lain
d) menyimpan dendam sesama sendiri
e) bermusuhan
f) berpecah belah

6. Amalan saling menyayangi sesama anggota keluarga perlu dikekalkan sehingga ke akhir hayat kerana dapat:
a) melahirkan keluarga bahagia/ceria
b) menghindari anggota keluarga daripada mengalami tekanan dalam kehidupan

7. Antara sebab sesetengah anggota masyarakat menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua ialah:
a) anak-anak sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menjaga mereka
b) ada orang tua memilih untuk tinggal menetap di orang tua
c) tidak menerima layanan yang baik daripada keluarga dan anak-anak

8. Antara tindakan yang boleh diambil untuk membalas jasa kedua-kedua ibu bapa ialah:
a) berusaha mencari mencari pekerjaan supaya mampu membayar kembali pinjaman
b) menggunakan sebahagian daripada pendapatan untuk membiayai kehidupan ibu dan bapa
c) membantu persekolahan adik-adik (jika ada)
d) menabung sebahagian daripada pendapatan untuk keperluan perubatan dan keraian ibu bapa

9. Aktiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga ialah:
a) mengadakan jamuan kesyukuran
b) membeli hadiah-hadiah
c) melancong atau bercuti bersama-sama
d) beriadah

No comments:

Post a Comment

BLOG PENDIDIKAN MORAL