UNIT 16
1. Ciri-ciri keluarga bahagia ialah:
a. saling berhubungan antara satu sama lain walaupun berada di tempat yang berasingan.
b. saling bantu-menbantu jika timbul masalah atau kesusahan dalam kalangan anggota
keluarga.
c. sama-sama menghadapi cabaran, dugaan dan halangan.
2. Semua anggota keluarga yang bertanggungjawab membina keluarga bahagia. Jika setiap
keluarga menjalankan tugas dan tanggunhjawab masing-masing, wujudlah sebuah keluarga
yang bahagia.
3. Cara untuk menghadapi segala masalah yang timbul dalam keluarga ialah:
a) menghadapi masalah, cabaran dan dugaan bersama-sama.
b) anggota keluarga yang tua dan berpengalaman menasihati yang muda.
4. Peranan saya terhadap keluarga ialah:
a) menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar.
b) menolong anggota keluarga yang ditimpa kesusahan.
c) menjaga dan menasihati adik-adik supaya menjadi orang yang berguna.
d) menyokong keputusan yang diambil oleh keluarga.
5. Cara saya mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga ialah:
a) sentiasa berhubung.
b) mengambil berat.
c) saling membantu antara satu sama lain.
6. "Kemesraan sesama anggota keluarga mencerminkan sebuah keluarga bahagia" kerana
kebahagiaan itu boleh dilihat melalui hubungan yang erat, gurau-senda, sikap saling
mengambil berat dan tolong-menolong antara satu sama lain. Sikap-sikap tersebut
itulah cetusan kemesraan yang melambangkan sebuah keluarga yang bahagia.
7. Pada pendapat saya, punca renggangnya hubungan antara remaja dengan anggota
keluarga ialah:
a) kesibukan ibu bapa atau anggota keluarga dengan urusan masing-masing.
b) Perselisilhan faham antara anggota keluarga.
c) sikap anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.
8. Kesan jika hubungan antara seorang remaja dengan keluarganya renggang ialah:
a) remaja akan terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral.
b) remaja tidak menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lain.
9. Hubungan kekeluargaan yang renggang ini boleh dirapatkan dengan cara:
a) ibu bapa atau anggota keluarga meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga
terutamanya pada masa cuti.
b) berbincang mengatasi masalah yang dihadapi oleh anggota keluarga bersama-sama.
c) kempen-kempen masyarakatan penyayang yang dijalankan oleh kerajaan.
10. "Yang tua dihormati, yang muda disayangi" kerana kita mesti menghormati orang tua
yang lebih berpengalaman dan boleh memberi bimbingan kepada kita. Sementara itu,
anak-anak atau golongan yang muda perlu diberikan kasih sayang dan perhatian kerana
mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar.
No comments:
Post a Comment