Huraikan 2 nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat Malaysia dalam menangani wabak H1 N1.
Nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia dalam menangani wabak H1 N1 ialah saling membantu dan bekerjasama. Masyarakat perlu melakukan usaha saling membantu yang baik dan membina dalam kehidupan. Contohnya, masyarakat saling memberi pertolongan kecemasan pada bila-bila masa. Masyarakat perlu melakukan usaha untuk mencapai matlamat dalam menangani wabak H1 N1. Contohnya, masyarakat mengikut segala langkah yang diberitahu oleh pakar-pakar perubatan untuk menghindari wabak H1 N1. Nilai kedua yang perlu diamalkan oleh masyarakat ialah sikap keterbukaan. Masyarakat perlu bersedia untuk menerima pandangan para doktor terhadap cara menghindari wabak H1 N1. Contohnya, rakyat mendengar nasihat doktor tentang wabak ini. Masyarakat juga perlu sentiasa bersedia untuk menerima pandangan doktor. Sebagai contoh, para doktor mengemukakan langkah-langkah baharu yang lebih berkesan untuk mengatasi wabak H1 N1.
Wednesday, August 4, 2010
Saturday, July 31, 2010
Tokoh Wanita Malaysia
1) Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir - mencatat rekod sebagai wanita Islam dan Asia pertama di dunia merentasi Kutub Selatan pada 2004.
2) Normala Abdul Rashid - bekas pemain bola sepak wanita kebangsaan, dipilih oleh Persatuan Badminton Malaysia (FAM) sebagai Ketua Unit Bola sepak Wanita.
3) Datuk Azalina Dato' Othman Said - wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
4) Sri Kandi Sukan - Datuk M. Rajamani, wanita pertama mewakili Malaysia (Sukan Olimpik 1964)
5) Wong Mew Choo, wanita pertama (Kejohanan Badminton Seluruh England)

Tuesday, July 13, 2010
Nota 5 USM, 4 UPM dan 4 UITM
Keganasan terhadap kanak-kanak termasuk penderaan, kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks.
Di manakah keganasan berlaku?
Keganasan boleh berlaku di rumah, sekolah, rumah anak yatim, kemudahan penjagaan berasrama, di jalanan, di tempat kerja, di ruang siber, di penjara dan di pusat tahanan.
Faktor-faktor keganasan terhadap kanak-kanak :
i) Perpecahan keluarga
ii) Tekanan
iii) Kemiskinan yang melampau
iv) Penyakit mental
v) Penyalahgunaan dadah
Semua faktor di atas merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Kesan-kesan keganasan terhadap kanak-kanak :
i) Menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak.
ii) Merosakkan keupayaan kanak-kanak belajar dan bergaul.
iii) Melemahkan perkembangan kanak-kanak apabila mereka membesar sebagai orang dewasa dan apabila mereka menjadi ibu bapa di masa depan.
Siapakah yang membantu dalam menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia?
Pihak kerajaan :

- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar
- Unit Perancangan Ekonomi
- Jabatan Kebajikan Sosial
- Polis DiRaja Malaysia
- Suruhanjaya Hak-Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
- Persatuan untuk Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia
- Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM)
- Mercy Malaysia
- Pusat Jana Daya
- Pelajari bagaimana untuk mengenalpasti tanda-tanda awal keganasan dan penderaan pada kanak-kanak dan laporkan kes-kes tersebut.
- Jangan berdiam diri bila keganasan terhadap kanak-kanak berlaku. Masyarakat harus menyebarkan pesanan bahawa keganasan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima dan ia membantutkan perkembangan kanak-kanak.
- Cabar penerimaan sosial terhadap keganasan. Galakkan serta mulakan dialog-dialog di dalam masyarakat tentang keganasan terhadap kanak-kanak, libatkan ibu bapa dan aktifkan kumpulan-kumpulan di dalam komuniti anda untuk mencari jalan-jalan yang dapat menghentikan keganasan.
- Pelajari bagaimana untuk melindungi diri anda sendiri daripada penderaan dan kemudaratan serta kenalpasti situasi-situasi yang berisiko yang boleh anda cegah atau hindari.
- Ketahui di mana anda boleh melaporkan keganasan sekiranya ia berlaku kepada anda, atau sekiranya ia berlaku kepada rakan-rakan anda ataupun jiran-jiran anda.
- Bersuara mengenai keganasan yang telah anda alami atau telah menyaksikannya berlaku pada kanak-kanak lain atau remaja lain, agar mereka boleh dilindungi atau dibantu.
Friday, July 2, 2010
Teknik Belajar Dalam Kelas
Waktu belajar di dalam kelas merangkumi 65 hingga 75 peratus daripada keseluruhan waktu pembelajaran harian seseorang pelajar. Oleh itu, teknik belajar di dalam kelas perlulah betul untuk memastikan sesi pembelajaran tersebut diikuti dengan berkesan.
Pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan memudahkan seseorang pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji di rumah.
Berikut adalah cara belajar berkesan yang harus dipraktikkan oleh pelajar ketika berada di dalam kelas:
2. Membuat sendiri nota ringkas
Membuat sendiri nota ringkas ketika guru mengajar adalah teknik belajar yang elok dilazimkan kerana ini akan membantu pelajar mengingati semula isi-isi penting apabila melakukan ulangkaji di rumah. Ini amat perlu apabila guru tidak mencatatkan nota untuk disalin oleh murid-murid.
Di samping itu maklumat yang diproses oleh otak akan berada lebih lama di dalam memori apabila sesuatu yang di pandang dan didengar di pindahkan kepada bentuk penulisan.
3. Mendapatkan penjelasan tentang perkara yang tidak di fahami
Pelajar perlu berusaha untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara yang tidak difahami secepat mungkin.
Lebih cepat pelajar mendapatkan penerangan adalah lebih baik kerana maklumat tersebut masih segar di dalam memori.
Jika pelajar tidak berpeluang untuk bertanya ketika pembelajaran berlangsung, pelajar dengan mudah dapat merujuk semula nota yang telah ditulis jika ingin bertanya pada waktu lain.
Apa yang boleh dikitar semula?
Kertas - Surat khabar, kertas kadbod keras, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Banyak plastik boleh dikitar semula.
Semua kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula.
Semua kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula.
Kaca - Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain.
Pakaian - Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau didermakan kepada badan kebajikan. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
Tahukah anda bahawa barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli biasanya dibungkus dengan kotak kadbod yang besar dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu sahaja. Apa kata kalau anda mengitar semula kotak-kotak tersebut daripada membuangnya begitu sahaja.

Thursday, June 3, 2010
Projek Pendidikan Moral
Projek Pendidikan Moral mewajibkan pelajar-pelajar melakukan kerja-kerja sosial sama ada dengan badan-badan kerajaan mahupun mana-mana badan bukan kerajaan yang terdapat di Malaysia. Pelajar-pelajar juga dikehendaki menyiapkan laporan mengenai kerja-kerja yang telah dilakukan dengan membuat sebuah folio.
Berikut adalah beberapa contoh badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan yang boleh dirujukkan untuk projek Pendidikan Moral :
Badan-badan Kerajaan :
Kementerian Pelajaran (http://www.moe.gov.my/ )
Pusat Perkembangan Kurikulum (http://www.ppk.kpm.my/ )
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (http://www.nre.gov.my/ )
Jabatan Alam Sekitar (http://www.doe.gov.my/ )
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (http://www.forestry.gov.my/ )
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) (http://www.wildlife.gov.my)
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (http://www.heritage.gov.my/ )
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(http://www.kpwkm.gov.my/ )
Institut Sosial Malaysia (http://www.ism.gov.my/ )
Jabatan Kebajikan Masyarakat (http://www.jkm.gov.my/ )
Pertubuhan Bukan Kerajaan :
UNICEF Malaysia (http://www.unicef.org/malaysia)
UNESCO Malaysia (http://www.unesco.org/en/statesparties/my)
Yayasan Salam Malaysia (http://www.salam.org.my/)
MERCY Malaysia (http://www.mercy.org.my/)
Projek Wira Alam anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.doe.gov.my/wiraalam/index.htm) dan World Wildlife Fund (WWF) (http://www.wwfmalaysia.org/)
Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (R.E.A.C.H) (http://www.reach.org.my/)
The Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) (http://www.spca.org.my/)
PAWS Malaysia (http://www.pawsmalaysia.com/)

Monday, May 17, 2010
Tips Hilangkan Rasa Gemuruh Ketika Peperiksaan
6 cara untuk membuat anda tenang sebelum peperiksaan :
1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.
Kita tidak tenang sebelum peperiksaan bermula sebab kita tidak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan, buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang anda boleh jawapan soalan tu satu persatu. Katakan pada diri anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik, aku boleh, aku boleh!”.
2. Gunakan mindset berani gagal.
Bila anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup tu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai daripada kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawab soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri anda semasa menjawab kertas soalan.
Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat. Teknik pernafasan ini membuat anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang ‘mental block’. I dea-idea untuk menjawab soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.
4. Jika anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk anda ‘nervous’.
Biasanya, kita gusar sebelum peperiksaan sebab kita rasa kita tidak cukup bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan itu. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan yakin. Lainlah kalau study last minit, memang kita berasa gemuruh.
Bila kita sudah belajar, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan itu. Kita tidak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.
Kita tidak akan rasa gementar langsung, bahkan tidak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawab apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.
5. Ingat wajah-wajah kesayangan anda.
Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah guru-guru kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.
Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati anda untuk membuat anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan anda belajar adalah untuk mereka.
Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawab peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.
Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah penangan cinta.
6. Ingat masa depan anda.
Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan anda. Kecemerlangan dalam akademik akan menentukan masa depan kita.
Bayangkan cara hidup yang kita ingin nikmati, bayangkan anda dapat jawatan tetap, memiliki rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.
Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga gemuruh, beritahu diri anda yang anda ingin rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”, ulangi berkali-kali.
Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan selama 7 saat, seperti yang dikatakan di atas tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)