Monday, April 11, 2011

Latihan 5 UPM

Semua murid 5 UPM harus salin latihan ini di dalam Buku Latihan 2.

Baca setiap pernyataan di bawah dan tulis nilai-nilai moral yang berkaitan.

1. Wai Khang tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana perbuatan itu merosakkan diri sendiri.

2. Xin Yee mematuhi ajaran agamanya.

3. Krystle merawat luka kucing yang dijumpai di tepi jalan.

4. Wei Chi mempunyai perasaan sayang yang berkekalan terhadap ibu bapanya.

5. Siew Fong bertutur dengan sopan.

6. Wai Bin sentiasa berusaha berterusan dengan cekal, gigih dan tekun dalam tugas yang diberikan.

7. Wing Kian membantu orang tetapi pada masa yang sama memastikan kepentingan diri dijaga.

8. Ying Si memulangkan barang-barang yang dijumpai kepada pemiliknya.

9. Anak-anak menjaga maruah keluarga supaya nama baik keluarga tidak terjejas.

10. Deeban memikirkan kesan buruk terhadap masa depannya akibat menyertai kumpulan samseng.

11. Yuet Ngor menghormati anggota keluarganya.

12. Ibu membahagikan pen-pen yang dibelinya secara sama banyak kepada tiga orang anaknya.

13. Murid-murid 5 UPM mengikut arahan guru supaya membersihkan kelas sebelum tamat waktu persekolahan.

14. Mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

15. Sabar apabila menghadapi masalah.

16. Yakin dirinya ciptaan Tuhan yang istimewa.

17. Boleh melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

18. En. Nazri dan En. Rajan menjalankan tugas untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar.

19. Wai Kong tekun berusaha demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

20. Bapa menjalankan kewajipannya untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia untuk anak-anaknya.

21. Wei Yee suka melakukan kerja-kerja rumah tanpa meminta bantuan daripada orang gajinya.

22. Walaupun Yee Hung anak orang kaya, namun dia tidak bersikap angkuh.

23. Nadia tidak menceritakan kepada orang lain tentang rahsia kawan baiknya.

No comments:

Post a Comment

BLOG PENDIDIKAN MORAL