Thursday, April 28, 2011

Skema Jawapan Latihan 4UM & 5UPM

1 ( a ) Nilai kasih sayang - Perasaan cinta yang mendalam terhadap makhluk ciptaan Tuhan.
Nilai kesederhanaan - Melastik burung ialah tindakan yang keterlaluan dan manusia tidak patut menganiaya makhluk Tuhan.

( b ) Nilai hemah tinggi

( c ) i. Agar spesies burung dan tumbuhan tidak pupus.
ii. Agar spesies burung dan tumbuhan dapat dilihat oleh generasi akan datang.
iii. Agar spesies dan tumbuhan ini menjadi kebanggaan negara sebagai kahazanah.

( d ) i. Kempen kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan spesies terancam.
ii. Penguatkuasaan undang-undang - denda dan dipenjara.

Wednesday, April 20, 2011

Latihan 4 UM dan 5 UPM

Baca soalan struktur di bawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Abang : Adik, jangan tangkap burung itu dengan jerat. Kita perlu menyayangi burung.
Adik : Kenapa bang... ? Burung bukannya manusia.
Abang : Bukan begitu. Burung juga makhluk ciptaan Tuhan. Kita perlu memeliharanya dengan baik.
Adik : Tapi bang...kalau tak mahu dijerat boleh ke saya melastik burung?
Abang : Itu tindakan yang agak keterlaluan.Bayangkan adik ditangkap dan dijerat. Adik suka tak?
Adik : Tak suka.
Abang : Semua benda hidup adalah ciptaan Tuhan dan kita tidak boleh menganiaya makhluk Tuhan.
Adik : Oh begitu. Saya minta maaf bang...Saya tidak akan menganiaya makhluk lain.


(a) Huraikan dua nilai yang perlu ada pada watak Adik.
i) ......................................................................................................................................................................................................................................................
ii) ......................................................................................................................................................................................................................................................
[4 markah]

(b) Setelah mendengar penjelasan daripada Abang, Adik meminta maaf atas kesalahannya. Nyatakan satu nilai yang ditunjukkan oleh Adik.
................................................................................................................................................................................................................................................................................................
[1 markah]

(c) Huraikan tiga faedah memelihara spesies burung dan tumbuhan ciptaan Tuhan.
i) ......................................................................................................................................................................................................................................................
ii) ......................................................................................................................................................................................................................................................
iii) ......................................................................................................................................................................................................................................................
[3 markah]

(d) Terangkan dua cara terbaik untuk melindungi spesies burung dan tumbuh-tumbuhan hutan.
i) ......................................................................................................................................................................................................................................................
ii)
................................................................................................
[2 markah]

Jawapan Latihan 5 UPM

1. Harga diri
2. Kepercayaan kepada Tuhan
3. Kasih sayang
4. Kasih sayang terhadap keluarga
5. Hemah tinggi
6. Kerajinan
7. Kesederhanaan
8. Amanah
9. Tanggungjawab terhadap keluarga
10. Rasional
11. Hormat dan taat kepada anggota keluarga
12. Keadilan
13. Bertanggungjawab
14. Mengekalkan tradisi kekeluargaan
15. Toleransi
16. Kepercayaan kepada Tuhan
17. Berdikari
18. Bertanggungjawab
19. Kerajinan
20. Tanggungjawab terhadap keluarga
21. Berdikari
22. Hemah tinggi
23. Amanah

Monday, April 11, 2011

Skema Jawapan Latihan 4 UM

Semua murid 4 UM dikehendaki menyalin skema jawapan di bawah sebagai pembetulan.

1. Sekolah S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A) telah menjalankan program kitar semula.

(a) Huraikan dua nilai yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas. (4 M)

Semua warga S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A) menyayangi dan menghargai alam sekitar. Mereka sedar tentang perlunya memelihara alam sekitar.

Semua warga S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A) mengamalkan nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. Mereka menyokong dan menyertai program kitar semula.

Semua warga S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A) mengamalkan nilai kemapanan alam sekitar. Mereka menjalankan program kitar semula kerana pihak sekolah mementingkan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekitar.

Semua warga S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A) Peka terhadap isu-isu alam sekitar. Mereka melaksanakan tanggungjawab bersama dalam menjalankan program kitar semula untuk menguruskan bahan buangan secara teratur.

[Pilih mana-mana 2 nilai]

(b) Berikan dua sebab mengapa kerajaan menyeru rakyat Malaysia mengitar semula bahan-bahan buangan. (4 M)

- Mengurangkan bahan buangan.
- Mengelakkan pencemaran alam.
- Menjimatkan sumber alam.
[Pilih mana-mana 2] *** Tulis ayat lengkap.

(c) Nyatakan dua contoh bahan buangan yang boleh dikitar semula. (2 M)
- Surat khabar lama
- Botol kaca
- Tin aluminium
- Kertas
[Pilih mana-mana 2]

Latihan 5 UPM

Semua murid 5 UPM harus salin latihan ini di dalam Buku Latihan 2.

Baca setiap pernyataan di bawah dan tulis nilai-nilai moral yang berkaitan.

1. Wai Khang tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana perbuatan itu merosakkan diri sendiri.

2. Xin Yee mematuhi ajaran agamanya.

3. Krystle merawat luka kucing yang dijumpai di tepi jalan.

4. Wei Chi mempunyai perasaan sayang yang berkekalan terhadap ibu bapanya.

5. Siew Fong bertutur dengan sopan.

6. Wai Bin sentiasa berusaha berterusan dengan cekal, gigih dan tekun dalam tugas yang diberikan.

7. Wing Kian membantu orang tetapi pada masa yang sama memastikan kepentingan diri dijaga.

8. Ying Si memulangkan barang-barang yang dijumpai kepada pemiliknya.

9. Anak-anak menjaga maruah keluarga supaya nama baik keluarga tidak terjejas.

10. Deeban memikirkan kesan buruk terhadap masa depannya akibat menyertai kumpulan samseng.

11. Yuet Ngor menghormati anggota keluarganya.

12. Ibu membahagikan pen-pen yang dibelinya secara sama banyak kepada tiga orang anaknya.

13. Murid-murid 5 UPM mengikut arahan guru supaya membersihkan kelas sebelum tamat waktu persekolahan.

14. Mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

15. Sabar apabila menghadapi masalah.

16. Yakin dirinya ciptaan Tuhan yang istimewa.

17. Boleh melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

18. En. Nazri dan En. Rajan menjalankan tugas untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar.

19. Wai Kong tekun berusaha demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

20. Bapa menjalankan kewajipannya untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia untuk anak-anaknya.

21. Wei Yee suka melakukan kerja-kerja rumah tanpa meminta bantuan daripada orang gajinya.

22. Walaupun Yee Hung anak orang kaya, namun dia tidak bersikap angkuh.

23. Nadia tidak menceritakan kepada orang lain tentang rahsia kawan baiknya.

BLOG PENDIDIKAN MORAL