Friday, November 16, 2012
Format
Cikgu harap semua pelajar SMK BPJA akan ingat format menjawab soalan struktur dan soalan esei yang telah diajar.
Ingat :
1. Baca soalan dengan teliti.
2. Lihat pemberatan markah yang diberi.
3. Tulis watak.
4. Kaitkan kata kunci dengan situasi/isu yang diberi.
5. Jangan salin contoh bulat-bulat. Guna ayat sendiri tetapi jangan lari dari situasi/isu yang diberi.
6. Jawab soalan esei dalam satu perenggan sahaja.
7. Jawab ketiga-tiga soalan esei.
8. Tulis 3 nilai bagi setiap soalan esei.
Selamat Berjaya dan jumpa lagi di tahun 2013 semasa keputusan SPM diumumkan.
Monday, November 5, 2012
Akta dan Dasar
Sila layari dengan google - id.scribd.com/doc/.../Akta-Pendidikan-Moral-Spm
Selamat Berjaya!!!
Ingat jawab 3 soalan esei!!!
Monday, October 22, 2012
Cara Menulis Penerangan dan Contoh
1. Ingat guna kata kunci.
2. Jangan letak tanda noktah selepas kata kunci.
3. Tambah ayat atau frasa dari situasi/isu yang diberi dalam soalan.
4. Untuk menulis contoh, jangan salin bulat-bulat dari situasi/isu.
5. Guna perkataan sendiri berdasarkan situasi/isu yang diberi.
Tuesday, September 11, 2012
Latihan soalan struktur - 4 UM
1. Rakyat Malaysia berbilang kaum. Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. (4m)
2. Remaja di siber kafe. Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh pelajar-pelajar tersebut. (2m)
3. Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh ibu bapa dalam menangani masalah kehilangan anak. (4m)
Tuesday, September 4, 2012
Antara kepentingan terumbu karang ialah sebagai perlindungan persisir pantai. Ia mengurangkan halaju ombak dan menghalang kejadian hakisan. Selain itu, karang menyerap karbon dan ini mengurangkan jumlah karbon dioksida di atmosfera. Ia juga bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai terhadap ombak yang kuat. Terumbu karang juga menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk tumbesaran anak-anak ikan. Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies hidupan marin. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan dan hidupan akuatik.
Kerajaan meningkatkan kesedaran rakyat tentang penjagaan terumbu karang melalui media massa dalam bentuk bercetak atau melalui radio dan televisyen. Selain itu, pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.
Tahniah Peserta PLKN
Tahukah anda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni?
Jika anda mempunyai masalah dan tidak dapat menyertai PLKN, anda boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan. Bagi mereka yang tidak terpilih, tetapi berminat menyertai PLKN, (Vincent Hoong)anda boleh membuat rayuan kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk dipertimbangkan.
Kegagalan menghadiri Latihan Khidmat Negara, anda boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan atau denda sebanyak RM 3,000 atau kedua-duanya sekali.
Peserta-peserta PLKN akan menjalani pelbagai aktiviti. Contoh, keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, taklimat kesihatan, menderma darah, aktiviti asas kawad, reppeiling, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, jungle trekking dan sebagainya.
Thursday, August 23, 2012
Peringatan Menjawab Soalan Struktur
Berikan atau Nyatakan nilai - Sila tulis nilai ? sahaja.
Jelaskan atau Terangkan atau Huraikan - Sila lihat pemberatan markah untuk format menjawab soalan ini. (Ingat tulis WATAK)
(a) Jika ia minta 2 nilai tetapi 4 markah - Nilai 1 + Penerangan dan Nilai 2 + Penerangan = 4 markah.
(b) Jika ia minta 2 nilai tetapi 6 markah - Nilai 1 + Penerangan + Contoh dan Nilai 2 + Penerangan + Contoh = 6 markah
(c) Ingat kaitkan Penerangan dengan situasi/isu.
(d) Ingat tulis Contoh sendiri tetapi kaitkan dengan Penerangan/Kata kunci.
Wednesday, August 15, 2012
Selamat Bercuti!
Selamat Bercuti!!! Cikgu berharap semua pelajar Tingkatan 5 SMK BPJA akan rajin mengulangkaji dan bersedia menduduki Peperiksaan Percubaan SPM semasa sekolah buka.
Saturday, August 4, 2012
Ceramah Peningkatan Prestasi di SMK BPJA
Perhatian!
Semua pelajar 5 UM, 5 UKM, 5 UPM, 5 USM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral dikehendaki berada di Bilik Seminar pada pukul 10.30 a.m. - 12.30 tgh.(Khamis - 9/8/2012)
Sila bawa alat tulis dan Buku Nota Pendidikan Moral bersama anda ke Bilik Seminar.
Saturday, July 28, 2012
Nyatakan Nilai - Latihan 5 UM
1. Rakyat sudah mengiktiraf dengan memberikan layanan yang sama rata kepada golongan OKU dalam semua aspek.
2. Nyatakan nilai-nilai yang harus diamalkan oleh peniaga supaya mengelakkan aduan dan dakwaan daripada pembeli.
3. Remaja mencaci guru-guru di laman Facebook.
4. Pelajar-pelajar tidak menjaga kebersihan kelas.
5. Encik Khairi memberi nasi lemak kepada pelajar-pelajar secara percuma.
Friday, July 20, 2012
Latihan Soalan Struktur - 5 UM
(Sila salin dalam Buku Latihan 1.)
1. Vinod yang hanya berumur 15 tahun telah menyertai kumpulan samseng. Dia sering kali bergaduh, bertutur secara kasar, dan tidak membuat kerja-kerja sekolahnya. Akhirnya, dalam suatu pergaduhan, kakinya telah menjadi lumpuh.
a. Huraikan tiga nilai yang patut diamalkan oleh Vinod. (6 markah)
b. Nyatakan empat perkara yang sepatutnya dilakukan oleh Vinod. (4 markah)
Monday, July 16, 2012
Senarai Nama D' Aces - 5 UM
1. Jia Xin
2. Cindy
3. Beverly
4. Huiyu
5. Shoon Kit
6. Li Xian
7. Man Yee
8. Yi Xuan
9. Jen Yang
10. Ranjini
11. Bik Yee
12. Yong Kiet
13. Vincent
14. Pik Yee
15. Jason
16. Jing Sen
17. Joon Hou
18. Ting Khang
19. Shirney
20. Li Lian
21. Joey
22. Wai Mun
23. Yan Ting
24. Kian Hon
25. Yu Li
26. Thye Lei
27. Chithaar
Saturday, July 14, 2012
Latihan 4 UM
2. Ah Meng menggunakan barangan jenama tempatan. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Ah Meng. (2m)
3. Nyatakan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar yang membuli rakannya.(4m)
Sunday, July 1, 2012
Latihan 4 UM
Tulis nilai bagi situasi-situasi yang diberi di bawah.
1. Chun Hung melibatkan diri secara aktif dalam program sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa kemarau.
2. Henry tidak berjudi, melepak dan berlumba haram.
3. Kita harus mengitar semula barangan terpakai.
4. Pn. Tan meluangkan masa untuk mengajar anak-anaknya kerja rumah.
5. Muthu tidak membawa barangan larangan ke sekolah.
6. Pn. Jaya selalu membawa beg semasa membeli belah di Giant.
7. Mei Ling tidak menyapu lantai pada hari pertama Tahun Baru Cina.
8. Anak-anak menjaga ibu bapa semasa mereka sakit dan tua.
9. Pegawai-pegawai kerajaan mesti mengelakkan diri dari terlibat dalam kegiatan rasuah.
10. Majikan melayan pembantu rumah dengan baik.
Thursday, June 21, 2012
Latihan 4 UM
Huraikan nilai-nilai yang patut diamalkan oleh ketua pengawas sekolah. [10 markah]
Contoh Jawapan :
Ketua pengawas patut mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia patut memikul tugasnya menguatkuasakan peraturan sekolah. Sebagai contoh, dia mendenda murid yang lewat ke sekolah. Ketua pengawas juga patut melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Dia patut melaporkan kepada guru walaupun rakan baiknya melanggar peraturan sekolah.
Sunday, June 17, 2012
Soalan Kandungan Akademik
Untuk menjawab soalan-soalan kandungan akademik, para pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti:
a) Akta
b) Dasar
c) Nama-nama pertubuhan
d) Kesan sesuatu isu/fenomena/masalah
e) Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah
f) Cara mengatasi sesuatu isu/fenomena/masalah
Wednesday, June 6, 2012
Soalan Struktur
Nyatakan 4 kesan jika tiada nilai hemah tinggi dalam kalangan pelajar di sekolah.
i) Pelajar tidak menghormati antara satu sama lain.
ii) Pelajar bersifat angkuh.
iii) Pelajar sering bertelingkah sesama sendiri.
iv) Pelajar tidak bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti di sekolah.
Wednesday, May 23, 2012
Latihan 5 UM
Setiap pelajar sekolah diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Melalui
penyertaan ini, pelajar akan mendedahkan diri dalam aktiviti berpasukan
di samping memupuk disiplin dan kerjasama dalam kalangan mereka.
a. Jelaskan tiga nilai yang ingin diterapkan dalam diri setiap pelajar melalui
Penyertaan pasukan beruniform. (6 m)
b. Selain melalui badan beruniform, huraikan dua cara lain yang membolehkan
pelajar sekolah melibatkan diri dalam khidmat sosial.(4 m)
Friday, May 18, 2012
Bangunan Warisan Lama Di Kuala Lumpur
1. Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka.
2. Bangunan Stesen Kereta api Tanah Melayu di Kuala Lumpur.
3. Muzium Telekom yang sekarang dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara. Ia terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur. Dahulu, bangunan ini dikenali sebagai Bangunan Wilayah Selangor (Selangor Region)
4. Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Saturday, May 5, 2012
Bangunan bersejarah
Pemuliharaan bangunan warisan negara penting. Bangunan-bangunan bersejarah yang terlibat ialah Gereja St. George (Pulau Pinang), bangunan Sanitary Board (Perak), bangunan lama Ibu Pejabat Pos Ipoh, Gedung Raja Abdullah (Selangor), bangunan lama Hong Kong dan Shanghai Bank (Melaka), Muzium Sultan Abu Bakar (Pahang), bangunan Persatuan Sejarah Malaysia (Terengganu) dan Masjid Mulong (Kelantan). Penjagaan bangunan bersejarah ini penting sebagai khazanah negara untuk tatapan generasi akan datang.
Friday, April 13, 2012
Latihan 5 UM
Latihan Soalan Esei
"Secara purata, dua orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti HIV atau AIDS dan seorang akan meninggal dunia akibat jangkitan tersebut pada setiap minit."
Sumber : UNAIDS, 2002
Jelaskan nilai-nilai yang seharusnya diamalkan oleh masyarakat bagi menangani masalah AIDS dalam kalangan kanak-kanak. (10 markah)

Latihan Soalan Struktur
1 (a) Jelaskan satu nilai yang patut diamalkan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
(i) Pengguna jalan raya (2 markah)
Pengguna jalan raya patut mengamalkan nilai rasional. Mereka patut boleh berfikir tentang keselamatan diri dan orang lain semasa menggunakan jalan raya. ii) Kerajaan (2 markah) Kerajaan patut mengamalkan nilai bertanggungjawab. Kerajaan memikul dan melaksanakan tugas dengan memastikan keselamatan pengguna jalan raya dipelihara. (b) Nyatakan dua kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. (2 markah)
Kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya ialah melanggar lampu isyarat dan tidak memakai tali pinggang. (c) Terangkan dua faktor yang menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. (4 markah) Faktor pertama ialah sikap pemandu. Sesetengah pemandu terburu-buru kerana mengejar masa lalu memandu laju merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya. Faktor kedua kerana hujan. Pemandu tidak dapat mengawal kenderaan mereka kerana keadaan jalan raya yang licin.

Tuesday, April 10, 2012
Latihan 5 UM - buku latihan moral 1
Beverly, bagus! Beruang madu ialah Sun Bear.
Thomas Alva Edison merupakan seorang pelajar pekak yang diberhentikan dari sekolah. Ibu Thomas telah membimbingnya sehingga beliau menjadi seorang manusia yang mencipta mentol lampu elektrik. Walau bagaimanapun,sebelum berjaya beliau pernah gagal dalam percubaannya sebanyak 999 kali.
( a ) Huraikan dua nilai yang ditunjukkan oleh Thomas untuk berjaya. (4 markah)
( b ) Huraikan dua nilai yang ditunjukkan oleh ibu Thomas terhadap anaknya. (4 markah)
( c ) Bagaimanakah masyarakat silam menunjukkan sikap ketekunan dalam membina binaan agung seperti Taj Mahal, Piramid dan Tembok Besar Negeri Cina. (2 markah)

Saturday, March 31, 2012
Latihan 5 UM - buku latihan moral 2
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
1. Namakan lagu patriotik ini. (1 markah)
2. Huraikan satu nilai berkaitan lagu ini. (3 markah)
3. Nyatakan dua kepentingan lagu patriotik. (2 markah)
4. Huraikan satu nilai yang patut diamalkan oleh pengguna jalan raya. (2 markah)
5. Nyatakan dua tindakan yang dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan jalan raya. (2
markah)

Saturday, March 24, 2012
Tahniah Pelajar SPM 2011
Cikgu amat bangga dan gembira kerana ramai pelajar SMK BPJA mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Pendidikan Moral SPM 2011. Tahniah dan semoga berjaya di masa depan!
Thursday, March 8, 2012
Ciri-ciri pelajar cemerlang
1. Sentiasa berdoa.
2. Menjaga kesihatan.
3. Mempunyai alat tulis, buku-buku rujukan, dll.
4. Mempunyai jadual waktu persendirian.
5. Sentiasa yakin pada diri sendiri.
6. Tidak berputus asa dalam menempuh kejayaan.
7. Bertanggungjawab.
8. Berdisiplin.
9. Menepati masa.
10. Memberi tumpuan semasa guru mengajar.
11. Sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran.
12. Membuat persediaan awal semasa menghadapi peperiksaan.
13. Sentiasa menyiapkan tugasan/kerja rumah dalam tempoh yang ditetapkan.
14. Tidak segan untuk bertanya dan meminta bantuan.
15. Menghormati guru-guru.
16. Bersoal jawab dengan guru-guru.
17. Mengadakan kumpulan perbincangan.
18. Melayari internet dan mengunjungi pusat sumber sekolah untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan/maklumat.
19. Sentiasa memberi pandangan dan pendapat.
20. Berbincang dengan rakan-rakan.

Sunday, February 12, 2012
Ponteng Sekolah
Ponteng diklasifikasikan keoada 5 jenis iaitu :
1. ponteng sekolah (tidak hadir ke sekolah pada satu atau lebih hari)
2. ponteng kelas (tidak hadir ke kelas semasa suatu-satu pengajaran dan pembelajaran dijalankan)
3. ponteng perhimpunan (tidak hadir perhimpunan tanpa sebab)
4. ponteng GERKO dan SUKAN (tidak hadir untuk menjalankan sebarang aktiviti GERKO atau SUKAN)
5. ponteng solat (bagi pelajar Islam )
MENGAPA KITA TIDAK HARUS PONTENG KE SEKOLAH?
Kita sudah sedia maklum, sekolah merupakan institusi sosial paling penting kerana sekolah ialah tempat kita dididik dengan ilmu pengetahuan serta diterap dengan disiplin dan nilai-nilai murni. Oleh itu, saya amat yakin dan saya mengangap bahawa sekolah kita merupakan salah sebuah pusat latihan yang memberikan pendidikan kepada para pelajar agar bersedia menghadapi cabaran hidup danseterusnya mampu memimpin diri sendiri serta generasi akan datang.
Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu pengetahuan serta menerima pendidikan secara formal dan segala aspek yang berkaitan. Tanpa bimbingan dan pengajaran yang sewajarnya, saya yakin, kita tidak akan ke mana-¬mana. Kita tidak akan dapat mengikuti arus pemodenan negara pada masa ini.
Di sekolah, guru ialah individu yang paling bertanggungjawab terhadap pendidikan yang diberikan kepada kita. Mereka terlatih dan profesional dalam pendidikan segala ilmu yang diajarkan dapat membuka minda kita untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Penerapan nilai-nilai positif dan disiplin yang tegas pula dapat membentuk imej dan keperibadian seseorang pelajar. Ilmu yang dipelajari di sekolah merupakan benteng yang boleh menghalang kita daripada terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan kita. Di samping itu, kegiatan Kokurikulum yang dijalankan di sekolah dapat membentuk dan mencungkil bakat kepimpinan seseorang pelajar yang berpengetahuan dan berwawasan tetapi dapat memberikan daya kekuatan untuk menangkis segala kegiatan jenayah .
Sekiranya kita ponteng sekolah, sudah tentu kita akan ketinggalan satu-satu formula atau topik yang diajarkan setiap mata pelajaran. Jika pada hari ini ada 5 subjek yang diajarkan, kita sudah mengalami kerugian 5 subjek. Kalau setiap guru memberikan kerja rumah dan sudah mengalami kerugian 5 kerja rumah dan sudah tentu kita tidak dapat menyelesaikan tugasan atau kerja rumah yang diberikan. Keesokan harinya pula guru pasti akan memeriksa kerja rumah yang diberikan, dan sudah pastinya akan menerima hukuman. Bayangkan kalau kita ponteng berhari-hari. Sudah tentu kerugian dan masalah yang banyak akan kita alami.
Oleh itu, janganlah ponteng jika tidak ada sebab-sebab yang terlalu penting seperti sakit atau sebagainya. Jika kita tidak pernah ponteng sekolah, sudah tentu kita dapat menguasai sesuatu topik atau bab yang diajarkan oleh guru dengan baik. Apabila kita dapat menguasai mata pelajaran itu dengan baik, kita boleh menjawab soalan dengan mudah. Dan bila kita boleh menjawab soalan dengan mudah, saya amat yakin, kita mampu lulus dengan cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Bahkan bukan itu saja, di sekolah juga kita diterapkan dengan nilai¬nilai murni yang menjadikan kita sebagai seorang pelajar yang cemerlang disiplin dan cemerlang akhlak. Ia sesuatu yang membanggakan pihak sekolah dan ibu bapa kita.
Jika sering ponteng, kita amat terdedah kepada banyak gejala sosial yang negatif di luar sana. Mula-mula melepak. Apabila melepak cuba mengganggu orang, merokok, menghidu gam, mengambil syabu dan menagih dadah. Tidak cukup dengan itu, kita mengugut, membuli, kemudian membelasah orang. Tidak puas lagi, kita terjebak dalam kegiatan hina seperti mencuri. menyamun, meragut , merompak dan seterusnya mungkin membunuh.
Adakah ini matlamat hidup kita? Adakah ini sikap seorang yang terpelajar? Adakah ini yang diharapkan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat kita? Adakah kita rela untuk hidup tanpa hala tuju, jadi penganggur ukur jalan sana, sini? Bolehkah kita, 'Menuju Ke Arah Kegemilangan Yang Menyeluruh' seperti yang termaktub dalam Falsafah Sekolah, jika kita sering saja ponteng sekolah ? Adakah kita ? Bolehkah kita ? atau Mampukah kita ?.Tanyalah diri kita kerana kita penentu segala-galanyanya.
Pihak sekolah mempunyai peraturan yang tegas lagi adil :
1. Di dalam Buku Peraturan Sekolah : ponteng sekolah dan ponteng kelas adalah dianggap sebagai Perkara 26.0 : Kes Salah laku Berat, yang boleh dikenakan tindakan gantung dan buang sekolah serta merta, dan
2. hukuman rotan boleh dikenakan kepada mereka yang Lewat Hadir dan Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah serta ponteng perhimpunan rasmi dan ponteng solat (bagi pelajar Islam sesi petang)

Saturday, January 21, 2012
Selamat Tahun Baru Cina
Peringatan : Semua murid Tingkatan 5 harus membuat kerja amal bidang kekeluargaan pada masa cuti.
Gong Xi Fa Cai!!!
Gong Xi Fa Cai!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)